Tempatan

Setuju Dengan Kedah Tapi Jangan Politikkan Usaha – Iskandar Hasan Tan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 17 November 2021 – “Saya bersetuju dengan tindakan kerajaan MB Kedah dalam isu judi dan arak,” kata Dr Iskandar Hasan Tan yang menyokong tindakan kerajaan Negeri Kedah mengharamkan kedai nombor ekor dan arak di negeri itu.

Menyatakan sokongan beliau menerusi Facebook, pensyarah UiTM itu memohon kerajaan Negeri Kedah dan kerajaan Pusat untuk melakukan enam perkara lagi.

Pertama, membanteras perjudian haram dan arak yang dijual secara haram.

Kedua, mendidik masyarakat terutama bermula di sekolah mengenai bahaya arak, judi dan dadah terutama masyarakat bukan Islam.

Ketiga, membanteras perjudian dan urus niaga arak dan dadah atas talian.

Keempat, membuat program pemulihan akhlak dan pemutihan bagi golongan yang ketagih.

Perkara kelima, “Pemantauan dan pengawasan perlu dibuat bukan sahaja di Kedah tetapi seluruh negara bagi yang masih beroperasi secara sah,” kata beliau.

Dan perkara terakhir dimohon oleh Dr Iskandar Hasan Tan adalah, “Jangan mempolitikkan usaha ini sehingga menimbulkan polemik yang akhirnya merugikan ummah.”

Beberapa hari lalu, kerajaan Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor telah mengumumkan mereka akan mengharamkan kedai nombor ekor dan mengehadkan penjualan minuman keras di semua premis, khususnya kawasan luar bandar yang tiada permintaan.

Pengumuman ini sekaligus mengundang reaksi dari pelbagai pihak antaranya yang menyokong ataupun menempelak tindakan ini.

Leave a Reply

Back to top button