Tempatan

Permohonan Maaf Kamal Koh Abdullah Kepada Dr Kamarul Zaman Yusoff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

CYBERJAYA, 06 Disember 2021 –  Mantan Naib Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, Kamal Koh Abdullah membuat permohonan maaf kepada Dr Kamarul Zaman Yusoff berikutan tiga kenyataan yang disifatkan sebagai telah memburukkan nama pensyarah itu.

“Saya, Kamal Koh Abdullah, merasa amat kesal atas keterlanjuran saya menerbitkan 3 buah artikel tersebut dan oleh itu saya dengan rendah diri dan suci hati tanpa sebarang paksaan memohon maaf kepada Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff di atas penerbitan 3 buah artikel tersebut yang telah menyebabkan beliau mengalami kecederaan pada diri beliau sama ada dalam kapasiti peribadi atau profesional beliau.”

Kamal Koh Abdullah mengakui telah menerbitkan 3 buah artikel pada 14 dan 28 April 2020 serta pada 8 Mei 2020 yang merujuk kepada Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff dalam kapasiti peribadi dan profesional beliau sebagai Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Antara isi kandungan tiga artikel itu adalah, “Prof. Kamarul Yusoff kerjanya memfitnah IKRAM supaya lebih ramai Melayu-Islam membenci IKRAM”, “Sungguh jahat Kamarul Yusoff ini! Mengapi-apikan semangat rasis Melayu-Islam untuk membenci kaum bukan Melayu dalam Ramadan. Adakah Nabi Muhammad SAW menggalakkan umat nya mencari musuh dan berperang dalam bulan Ramadan?” dan “Jangan tunjuk KEKOSONGAN sangat KANGKONG!!!”.

Susulan itu, Kamal Koh Abdullah menarik balik tiga kenyataan tersebut.

“Saya, Kamal Koh Abdullah, dengan ini menarik balik kesemua kenyataan yang terkandung di dalam 3 buah artikel tersebut serta berjanji tidak akan menerbitkannya kembali atau menerbitkan apa-apa kenyataan yang seumpama dengannya di masa hadapan,” kata beliau dalam Facebooknya.

Di akhir kenyataan permohonan maaf itu, Kamal Koh Abdullah menyatakan beliau akan menghormati Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff.

“…dan akan terus bersahabat, khususnya di dalam aktiviti-aktiviti kebajikan yang kami lakukan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: