Fitnah: Dr Kamarul Zaman Yusoff Saman Ahli AMANAH Dan PKR
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
SAMAN KEPADA AHLI AMANAH DAN AHLI PKR
Disebabkan peningkatan fitnah yang berlipat-kali ganda terhadap diri saya sejak kebelakangan ini maka saya telah memutuskan untuk mengambil tindakan saman ke atas beberapa individu.
Individu pertama yang akan saya saman adalah seorang ahli AMANAH bernama Tuan Lokman Tuan Soh dari Kelantan yang mendakwa saya berbohong kerana mengatakan Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim, cuba menyebarkan agenda Kristian secara halus sedangkan, mengikut beliau, Steven Sim sebenarnya adalah beragama Buddha.
Individu kedua yang akan saya saman adalah seorang ahli PKR bernama Kim Quek atau Yong Thye Chong dari Johor, yang juga penulis buku “The March to Putrajaya” dan “Where to, Malaysia”, kerana menyatakan bahawa saya mengalami “paranoia” dan perlu menemui psikiatris kerana mungkin mengalami masalah mental dan bahawa “paranoia” ini boleh merosakkan hubungan antara orang-orang Islam dan orang-orang Kristian.
Surat-surat tuntutan akan diserahkan kepada mereka oleh peguam saya hari ini.
Pautan Asal: FB Dr Kamarul Yusoff