Tempatan

Harga Makanan Kantin Sekolah Naik 50%

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PETALING JAYA, 06 Januari 2023 – Kenaikan harga barang mentah yang semakin mahal memberi kesan dan mengakibatkan harga makanan di kantin sekolah meningkat sehingga 50% sejak minggu pertama sesi persekolahan tahun ini.

Yang Dipertuan Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia, Encik Khairuddin Hamzah memaklumkan, antara menu yang mengalami kenaikan harga melibatkan roti canai, ayam goreng dan nasi lemak.

Beliau yang juga pengusaha kantik sekolah di Semenyih berkata, roti canai dijual pada harga RM1.50 berbanding RM1 tahun lepas, ayam goreng berharga RM1.50 dan nasi lemak RM2.00, meningkat RM0.50.

Walaupun begitu, harga makanan lain seperti mee goreng, nasi goreng dan kuih-muih masih lagi dapat dikekalkan.

Selain isu kenaikan harga makanan, operasi kantin turut terjejas berikutan isu bekalan bahan mentah yang tidak mencukupi seperti telur, gula dan minyak masak.

Selain terikat dengan peraturan mengenai makanan dan minuman yang boleh dijual, kekurangan telur juga dikatakan menjadi sebab pengusaha kurang barangan yang boleh dijual pada harga berpatutan.

BACA JUGA: Telur Ayam Mahal, Kerajaan Baru Lembab – CIJ

BACA JUGA: Ayam Mahal, Kurangkan Makan Ayam – Rafizi Ramli

BACA JUGA: Terpaksa Guna Telur Premium, Roti Canai Telur Naik Harga

Hal ini memberi kesan besar apabila hampir 50% pengusaha kantin memilih untuk tidak meneruskan operasi mereka kerana kos operasi yang meningkat.

“Tiada pemohon baharu (menjalankan kantin) di banyak sekolah. Dulu lebih 10 pemohon di sekolah saya, tetapi kali ini hanya empat,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: