Antarabangsa

Kerajaan India Sekat Eksport Gula Bermula Jun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 28 Mei 2022 – Setelah mengumumkan sekatan eksport ke atas gandum, kali ini kerajaan India mengumumkan sekatan pengeksportan gula bermula 1 Jun ini.

Kementerian Makanan India dalam kenyataannya berkata, keputusan itu diambil bertujuan bagi menjamin bekalan domestik serta memastikan kestabilan harga sepanjang musim gula.

“Dengan mengambil kira pertumbuhan eksport gula yang belum pernah berlaku sebelum ini dan keperluan untuk mengekalkan stok gula yang mencukupi di negara ini serta untuk menjaga kepentingan rakyat biasa negara dengan mengekalkan harga gula di bawah kawalan, kerajaan India telah memutuskan untuk mengawal gula.”

BACA: China Beri Amaran Simpan Stok Makanan Sehingga Jun 2022

BACA: Bukan Hanya Rider, Penyedia Makanan Pun Jadi Mangsa Penyedia Apps Makanan

BACA: Gula Patut Naik, 11 Tahun Tak Naik Harga – MSM

Kementerian itu berkata, pengeksportan hanya dibenarkan sehingga 10 juta tan sahaja untuk mengekalkan stok gula di negara itu.

Jelasnya, kilang gula dan pengeksport perlu memohon kelulusan dalam bentuk Pesanan Pelepasan Eksport (ERO) daripada Kementerian Makanan untuk pengeksportan sepanjang bulan Jun dan Oktober.

“Mengikut garis panduan baharu, yang dikeluarkan lewat malam Selasa, eksport gula telah dibenarkan sehingga 31 Mei tanpa sebarang ERO atau kelulusan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: