Tempatan

Saman Fitnah: Arunakiri Nathan Diarah Minta Maaf & Bayar Pampasan Kepada Firdaus Wong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2022 – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan rasa syukurnya  selepas beliau berjaya dalam saman fitnahnya terhadap seorang individu, Arunakiri Nathan.

“Alhamdulilah. Syukur pada Allah kerana pada 23 Mei 2022, saman fitnah saya ke atas Arunakiri Nathan telah selesai,” kongsi Firdaus Wong dalam laman Facebooknya petang tadi.

BACA: Bank Muamalat Ada Hak Failkan Saman Sivil Isu Cek ‘Tidak Halal’ – Fatihah Jamhari

BACA: Khalid Samad Kalah Kes Saman, Mahkamah Rayuan Perintah Bayar RM40,000 Kepada Bekas CEO IKSIM

BACA: Kes Loh Siew Hong: Ustazah Nazirah Saman Satees Muniandy – Firdaus Wong

Ujar Firdaus Wong, menerusi penghakiman persetujuan, Arunakiri Nathan diperintahkan untuk menarik balik fitnah-fitnah serta memohon maaf kepadanya menerusi tulisan dan video di akaun media sosialnya.

Dokumen mahkamah yang disertakan oleh pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM) ini juga menunjukkan, Arunakiri Nathan yang dinyatakan sebagai defendan diarahkan untuk memuat naik pengakuan yang diarahkan oleh pihak mahkamah serta-merta dari tarikh penerimaan Penghakiman Persetujuan Bermeterai.

Kata Firdaus Wong lagi, “Atas dasar ihsan memandangkan beliau juga telah kalah saman fitnah kepada Dr MAZA sebanyak RM100,000 dan atas nasihat peguam, saya menerima baik tawaran pampasan RM8,000 sebagai kos kerana tujuan saman bukan kerana duit tetapi untuk menepis fitnah dan menegakkan kebenaran.”

Beliau juga turut memberikan ucapan penghargaan kepada sahabat-sahabat yang mendoakannya selain mendoakan agar defendan dikurniakan hidayah oleh Allah S.W.T.

“Syukur Alhamdulilah. Jazakumullahu Khairan di atas doa sahabat sahabat semua. Semoga dia dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.”

Telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah perkara yang salah; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap (Al-Israa’ 17:81),” kata Firdaus Wong mengakhiri kenyataan.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan, Firdaus Wong telah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Arunakiri Nathan pada tahun 2019 berhubung kenyataan berbaur hasutan, provokasi serta fitnah yang boleh mendatangkan ancaman bahaya kepadanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: