Tempatan

Bukan Hanya Rider, Penyedia Makanan Pun Jadi Mangsa Penyedia Apps Makanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 04 Disember 2021 – Susulan pendedahan terdahulu mengenai isu hak dan kebajikan penghantar makanan P Hailing, Samudera.my menerima maklum balas daripada pelbagai pihak terutamanya vendor penyedia makanan yang merasakan mereka teraniaya disebabkan beberapa isu yang menimbulkan ketidakpuasan hati mereka dengan penyedia perkhidmatan.

Caj Penghantaran Makanan Yang Tinggi

Menurut sumber aduan, pihak syarikat penyelia mengenakan caj sehingga 35% terhadap pihak vendor makanan yang berdaftar dengan mereka.

“Caj ini dikatakan terlalu tinggi sehingga menyebabkan kami terpaksa mark-up setiap harga makanan kami, dan menyebabkan pelanggan memesan dengan harga yang tinggi.”

Vendor turut mempertikaikan keadaan yang mereka anggap sebagai satu diskriminasi apabila rangkaian makanan segera antarabangsa yang menggunakan khidmat penyedia perkhidmatan apps penghantaran makanan yang sama cuma mengenakan caj yang jauh lebih rendah, bawah 20% kepada syarikat-syarikat ini, berbanding sehingga 35% kepada vendor kecil dan sederhana.

“Jika ini bukan diskriminasi, saya tak pasti nak rujuknya sebagai apa. Lagi pun caj sehingga 35% itu terlalu tinggi untuk kami serap,” ujar salah seorang vendor yang memberikan maklum balas.

Caj Promosi Makanan

Satu lagi isu yang turut dibangkitkan ialah promosi harga makanan dengan diskaun yang dipamerkan dalam apps. Ramai vendor mengadu bahawa pihak mereka tidak memberikan sebarang persetujuan untuk promosi harga, tetapi caj harga promosi itu tetap dicajkan kepada mereka.

“Saya terkejut melihat harga hidangan yang dipamerkan di dalam apps. Ia bukan harga yang kami tawarkan. Tetapi harga yang telah dipotong sebagai promosi yang tidak pernah dipersetujui oleh kami. Potongan pula bukan sedikit. Kos potongan harga ini ditanggung oleh kami penyedia makanan.”

Walaupun vendor menolak, sesetengah yang lain masih dicaj untuk promosi yang tidak pernah dipersetujui.

“Kalau syarikat penyelia apps nak buat promosi, vendor yang tanggung promosi sehingga 50%. Kalau vendor tak setuju, syarikat akan teruskan tanpa persetujuan bersama. Tanggungan atas vendor sampai ada yang berhutang,” kata vendor yang hanya mahu dikenali sebagai Sara.

“Ramai yang terkena apabila mereka tak check email. Penyedia apps akan consider vendor sebagai bersetuju untuk promosi jika tidak respons atau menjawab email mereka. Ramai yang terkena. Ramai yang rugi beribu-ribu ringgit pasal perkara ini.”

Caj Click-Through & Caj-Caj Tersembunyi

Pihak Samudera.my turut dimaklumkan bahawa pihak vendor akan dicaj sebanyak RM0.60 sekiranya pelanggan menekan butang untuk melihat menu di restoran/kedai makan mereka walaupun pelanggan tidak menempah makanan mereka.

Ramai yang mengadu mereka dicaj dengan ribuan ringgit setiap bulan atas caj Click-Through ini. Mereka mempertikaikan sistem ini yang tidak telus dan menyebabkan caj-caj tambahan yang terlalu tinggi untuk sesuatu yang tidak menguntungkan mereka.

“Dalam apps lebih 2,000 klik, tapi order hanya dua. 2,000 lebih klik ni, kami dicaj RM 0.60 setiap satu klik. Apa benda semua ni?!!”

Ada vendor turut membangkitkan isu mereka dicaj lebih daripada sepatutnya. Mereka memaklumkan terdapat caj-caj tersembunyi yang dikenakan ke atas mereka.

Payment Lambat

Selain itu, kedengaran juga suara-suara vendor yang menyatakan mereka mendapat bayaran lewat dari waktu yang dijanjikan oleh pihak penyedia penghantar makanan.

“Patut seminggu sekali, tetapi ada yang dapat selepas sebulan, ada yang kena follow-up berkali-kali untuk dapatkan payment yang dijanjikan. Kami ni peniaga. Kami perlukan duit jualan kami untuk rolling modal semula. Kalau macam ni gayanya, nak pusing modal macam mana? Saya dah nekad kali ni, saya nak terminate dan tukar penyedia yang lebih baik,” kata satu sumber.

“Kenapa nampaknya macam sesetengah penyedia apps penghantaran ni macam kebal? Sesuka hati ubah polisi, buat promosi, duit peniaga. Macam tak terkawal. Dah macam negara koboi. Mana fungsi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)?” soalnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: