Tempatan

Pelanggan Bimbang Ditipu, Peniaga Tak Letak Tanda Harga Pada Juadah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 22 September 2022 – Pelanggan di negeri ini mengatakan bahawa kebanyakan peniaga tidak meletakkan tanda harga bagi hidangan lauk pauk sekali gus menyebabkan mereka bimbang ditipu.

Menurut laporan dari sebuah portal berita tempatan, beberapa daerah iaitu Kuantan, Temerloh dan Jerantut didapati masih ramai yang tidak meletakkan tanda harga pada hidangan lauk pauk.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelanggan yang takut ditipu apabila peniaga meletakkan harga secara suka hati tanpa sebarang panduan.

Kata seorang pelanggan, Siti Hozam Omar, ketiadaan tanda harga itu menyebabkan dirinya ragu-ragu untuk membeli makanan berkenaan kerana dibimbangi akan dikenakan harga yang mahal.

“Kita rasa serba salah hendak ambil. Takut mahal, jadinya kita pilih sahaja juadah yang kita tahu harganya pasti murah.”

“Kalau hendak ambil juadah seperti udang, sotong dan lain-lain memang dapat rasakan ia mahal, kecuali kalau peniaga letak tanda harga, bolehlah kita buat kira-kira harga yang perlu dibayar,” katanya.

Biarpun begitu, seorang peniaga yang enggan dikenali mengatakan bahawa tanda harga tidak diletakkan pada hidangan lauk pauk susulan daripada juadah yang dijual bertukar-tukar setiap hari serta harga bahan mentah yang diperolehi oleh peniaga.

“Kadang-kadang bergantung kepada kuantiti makanan yang diambil oleh pelanggan, kalau pelanggan tidak pasti, mereka boleh bertanya kepada kami,” kata peniaga berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: