Antarabangsa

Perang Rusia-Ukraine: Harga Makanan Dunia Melambung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 26 Februari 2022 – Ketegangan antara Rusia dan Ukraine telah memberi ancaman pada penghantaran sebahagian tanaman ruji dunia, sekaligus menyebabkan berlakunya inflasi makanan yang semakin bertambah buruk.

Kebanyakan harga makanan melambung naik pada minggu ini, dari harga gandum, jagung dan juga kacang soya. Menurut penganalisis Rabobank, krisis peperangan ini akan menaikkan harga gandum sebanyak 30 peratus dan jagung sebanyak 20 peratus akibat terjejasnya eksport negara Ukraine.

Kedua-dua negara tersebut merupakan pengeluar terbesar gandum dan jagung di dunia, namun krisis ini menyebabkan berlaku peningkatan harga komoditi. Eksport komoditi Ukraine terjejas akibat penutupan sektor pelabuhan dan laluan kereta api di negara itu.

Sejarah memecahkan rekod harga makanan global yang melonjak ke paras tertinggi sejak beberapa bulan lalu.

Walaupun begitu, penghantaran tanaman ruji bukan satu-satunya faktor yang melonjakkan inflasi makanan, tetapi negara Rusia juga merupakan pengeksport kos rendah bagi hampir semua jenis baja.

Memandangkan kebanyakan makanan yang ada memerlukan penggunaan baja, ia menjadi sukar untuk mengukur kepentingan komoditi itu kepada rantaian bekalan makanan.

Faktor lain yang menyebabkan kenaikan harga makanan dunia ialah perubahan cuaca melampau yang menyukarkan penghasilan tanaman, kekurangan tenaga kerja dan juga kos perkapalan lebih tinggi yang menyempitkan rantaian bekalan.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa insiden peperangan boleh menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, namun Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengingatkan bahawa kesan kenaikan tersebut tidak berlaku secara mendadak di seluruh dunia. Justeru itu, para peniaga tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan atau perkhidmatan mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: