NGO

Mahal Kot 1 Tin Sardin, Boleh Beli Ayam Setengah Ekor- Yusuf Azmi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2022 – Aktivis, Yusuf Azmi mempersoalkan apa yang boleh dimakan selepas ini berikutan semua harga bahan mentah naik harga.

“Mahal kot 1 tin sardin, boleh beli ayam setengah ekor,” katanya menerusi laman Facebook baru-baru ini.

BACA: China Beri Amaran Simpan Stok Makanan Sehingga Jun 2022

BACA: Bukan Hanya Rider, Penyedia Makanan Pun Jadi Mangsa Penyedia Apps Makanan

BACA: Gula Patut Naik, 11 Tahun Tak Naik Harga – MSM

Kenyataan itu tidak terhenti setakat itu sahaja. Kata Yusuf Azmi lagi,

“Harga ikan naik – ‘merungut je..makanlah ayam, kan murah’.”

“Harga ayam naik -‘makanlah sardin’.”

“Harga sardin mahal – ‘makanlah telur…telur kalau kau reti pelbagaikan sedap tau’.”

“Harga telur naik – ‘makanlah sayur…lebih berkhasiat’.”

“Nanti harga sayur naik, nak makan apa pula?” soalnya yang juga merupakan aktivis Sahabat Semboyan.

Rata-rata komen yang dilihat dijawab oleh pengguna Facebook lain dalam kenyataan dikemukakan  oleh Yusuf Azmi ini adalah, rakyat makan hati.

“Rakyat marhaen biasanya makan hati!!!” kata Zulkifli Ismail dalam ruangan komen.

Jamal Yakuza juga dilihat memberikan komen yang sama dengan mengatakan,

“Lepas ni rakyat makan angin sahajalah tak pun makan hati je.”

Seorang lagi pengguna media sosial yang menggunakan nama akaun Pemburu Rezeki pula mencadangkan agar orang ramai membela ternakan sendiri.

Apatah lagi semua harga akan naik bermula 1 Jun ini.

“Makan hatilah rakyat… bekalan ayam cukup tapi siapa yang dapat untung lebih nak naik harga…sebab apa…semua ada subsidi tapi nak juga harga mahal. Jadi kita bela ayam lembu ikan sendiri…sebab mula satu Jun semua naik…nasi goreng ayam RM10 dah tak sedap ayam dua tiga ulas RM10…”

Manakala Zack Sparrow menyeru orang ramai untuk menggunakan kuasa pembeli dengan tidak membeli barang yang naik harga.

“Kenapa barang naik harga. Sebab anda beli…anda ada kuasa membeli…kalau mahal jangan beli…sebab bila semua orang tak membeli harga barang akan jatuh…”

Laporan media kebelakangan mendedahkan negara kini mengalami kekurangan bekalan ayam sekaligus menyebabkan orang ramai sukar mendapatkannya.

Kekurangan ini dipercayai dilakukan oleh kartel-kartel, bertujuan untuk ‘memboikot’ pihak kerajaan yang lambat membayar subsidi harga ayam sebanyak 60 sen.

Menurut sumber dalaman industri kepada Utusan Malaysia, keputusan ini dibuat apabila strategi lama “tangan hitam” untuk mencatu ayam di dalam pasaran sebelum ini gagal.

Katanya lagi, syarikat-syarikat peladang kini berkomplot menutup ladang mereka sebagai cubaan pertama kumpulan ‘tangan hitam’ itu bagi menggesa pihak berkuasa meningkatkan harga siling supaya selari dengan peningkatan kos penternak.

Baru-baru ini pula, orang ramai diingatkan untuk bersiap sedia menghadapi kenaikan harga barang sebanyak 60% bermula Jun ini.

Harga kesemua barang keperluan dijangka bakal melonjak sehingga mencecah 60 peratus pada bulan hadapan disebabkan oleh sikap tamak para peniaga di samping ekoran pelaksanaan gaji minimum RM 1,500, kata Utusan Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: