Antarabangsa

Xinjiang Police Files: Tahanan Ditembak Mati Jika Lari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 28 Mei 2022 – Seorang penggodam berjaya menggodam server milik pasukan polis China dan menemukan sebuah dokumen yang mengandungi maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen rahsia berkaitan tahanan Uyghur.

Penggodam yang tidak diketahui namanya itu kemudiannya menyerahkan dokumen tersebut kepada ahli akademik yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Dr Adrian Zenz dari Yayasan Memorial Mangsa Komunisme, yang telah disekat oleh kerajaan China kerana penyelidikannya mengenai Xinjiang, lapor Daily Mail Online.

BACA: Gaji Ditolak Kerana Solat

BACA: Ajar Quran, Wanita Uyghur Dipenjara 14 Tahun

BACA: 800 Uyghur Ditangkap China Kerana Kesalahan Serius Seperti Bersolat

Data yang ditemui mendedahkan bagaimana lebih daripada 20,000 orang Uyghur dari hanya satu daerah – Shufu – telah dipenjarakan di kem tahanan antara tahun 2017 dan 2018 atas tuduhan palsu seperti membela janggut atau gagal menambah nilai kredit telefon mereka.

Kesemua tahanan itu berada di bawah pengawasan ketat pengawal-pengawal yang diarahkan untuk menembak mati mereka yang melarikan diri.

Tambah Daily Mail Online, dokumen yang berjaya digodam itu menunjukkan sisi baharu yang mengerikan tentang keganasan yang dialami oleh umat Islam Uyghur di ‘kem pendidikan semula’ dan penjara Xinjiang.

Beribu-ribu gambar, spreadsheet dan data sulit mendedahkan tentang bagaimana tahanan Muslim Uyghur sentiasa di bawah pemerhatian ketat pihak berkuasa yang memegang baton, dokumen tentang sesi kem indoktrinasi, dokumen tentang bagaimana polis bersenjatakan rifle, perisai rusuhan dan pemukul kayu berlatih untuk melumpuhkan tahanan yang bukan sahaja digari kaki dan tangan, malahan muka dan kepala mereka juga disarungkan dengan kain.

Kertas-kertas mengenai posisi-posisi rifle dan mesingan juga memenuhi kawasan kem.

Selain itu, timbunan dokumen itu mendedahkan, daripada 5,000 gambar tahanan yang diambil di antara bulan Januari hingga Julai 2018, sekurang-kurangnya 2,884 daripada mereka ditahan sama ada di penjara atau kem pendidikan semula di wilayah itu – kebanyakannya di daerah Shufu.

Antara sebab-sebab mereka ditahan adalah seperti ‘membela janggut kerana terpengaruh dengan ekstremisme agama’, melancong ke ‘negara sensitif’ (negara majoriti Muslim), ibu dipenjara kerana anaknya disyaki ‘berpegang kuat kepada agama’ kerana tidak minum arak dan merokok, mendengar ‘ceramah yang diharamkan’, memuat turun dan mengaktifkan aplikasi yang disulitkan (encrypted) dari pengintip China dalam telefon mereka dan kerana gagal menambah nilai kredit telefon.

Alasan mengapa Muslim Uyghur yang gagal menambah nilai kredit telefon mereka ditangkap adalah kerana mereka didakwa sengaja mengelak teknologi sebagai cara menyembunyikan aktiviti mereka. Tuduhan lain termasuk ‘sengaja bertengkar’ atau ‘mengganggu ketenteraman sosial’.

Maklumat yang didedahkan mendapati, tahanan yang paling muda sewaktu ditangkap adalah seorang gadis berusia 15 tahun dan yang paling tua adalah seorang nenek berusia 73 tahun.

Bukan itu sahaja, dokumen yang digodam itu juga mendapati, masyarakat Muslim Uyghur yang tidak ditahan juga berada di bawah pemerhatian ketat.

Sekurang-kurangnya 2,116 orang -tiada rekod tangkapan wujud, tetapi masih dibawa ke balai polis untuk diambil gambar – kadangkala di tengah malam.

Kebanyakan foto tersebut nampaknya digunakan untuk melatih perisian pengecaman muka kerajaan China.

Terdahulu, Pengerusi Kerajaan Wilayah Autonomi Xinjiang, Shohrat Zakir menafikan wujudnya kem tahanan dan kem pendidikan semula untuk umat Islam Uyghur.

“Tuduhan bahawa kononnya pusat latihan itu telah menahan sejuta etnik Uyghur, adalah tidak berasas seperti tuduhan pembiayaan keganasan ke atas mereka,” dakwanya menurut Astro Awani.

Tiada kem tahanan melibatkan etnik Uyghur dan kumpulan minoriti Islam di Xinjiang, sebaliknya, ia merupakan pusat pendidikan dan vokasional untuk kumpulan itu yang dibina berlandaskan undang-undang, selaras pengiktirafan antarabangsa, kata portal berita itu lagi.

Lapor Daily Mail Online lagi, setelah Dr Adrian Zenz memperoleh dokumen itu, beliau kemudiannya berkongsikannya dengan BBC yang menghabiskan masa berbulan-bulan untuk mengesahkan maklumat yang terkandung di dalamnya, sebelum menerbitkannya pada hari Selasa baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button