AntarabangsaTempatan

China Beri Amaran Simpan Stok Makanan Sehingga Jun 2022

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BEIJING, 08 November 2021 – Kerajaan China menggesa orang ramai untuk menyimpan stok makanan asas sekiranya berlaku kecemasan.

Menurut penganalisis Ma Wenfeng dari A.G. Holdings Agricultural Consulting, nasihat kerajaan ini adalah sesuatu yang normal bagi menghadapi musim sejuk yang akan berlaku tidak lama lagi.

“Ia perlu kerana selalunya salji lebat turun pada musim sejuk dan nampaknya akan berlaku sedikit ketidaktentuan mengenai keadaan cuaca tahun ini. Jadi saya rasa ini perkara biasa.”

Berikutan dengan kenaikan harga sayur-sayuran, Kementerian Perdagangan China mengeluarkan notis terhadap pihak berkuasa untuk memastikan bekalan makanan dan harga kekal stabil menjelang musim sejuk.

Namun, pembelian panik tetap berlaku secara berterusan sehingga menyebabkan orang ramai mengadu di laman sosial berkaitan dengan rak di pasar raya yang kian kosong.

Sebahagiannya turut dikaitkan dengan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

China melaporkan jumlah kes baharu COVID-19 tempatan yang tertinggi dalam hampir tiga bulan termasuk sembilan jangkitan baharu di Beijing.

“Terdapat ketidakpastian tentang kejadian wabak COVID-19. Sebaik sahaja wabak berlaku, mata pencarian orang ramai akan terjejas. Itulah sebabnya orang ramai menyimpan bekalan musim sejuk untuk mengelakkan kesan COVID-19,” kata Ma Wenfeng.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: