Tempatan

Kantin Sekolah: Dari Kecil Ajar Bukan Islam Tidak Hormat Umat Islam – Presiden PERKASA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2023 – “Nak Perpaduan antara kaum tapi murid bukan Islam masih kecil lagi tidak mahu diajar menghormati org Islam sedang menjalani Ibadah Puasa. Nanti mereka besar, apakah mereka tahu nak hormat orang Islam sdg berpuasa ke???” tempelak Presiden Pertubuhan PERKASA, Syed Hassan Syed Ali, mengulas isu operasi kantin sekolah dibuka seperti biasa di bulan Ramadan.

Ujar beliau, “Sekolah Jenis Kebangsaan tutup tak kantin ketika pelajar Islam berpuasa di bulan Ramadhan?? Ada ke mereka terfikir masalah pelajar Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan sdg berpuasa??? Apakah kita sahaja yg nak kena jaga hati dan perasaan mereka ke????”

BACA JUGA: Ramadan: Kantin Sekolah Boleh Dibuka – Menteri Pendidikan

BACA JUGA: Penyelewengan Barang Subsidi: KPDN Berjaya Rampas 5,000 Liter Minyak Diesel

BACA JUGA: Kepakaran Belanda Diperlukan Kenal Pasti Artifak Purba Guar Kepah

Kata Syed Hassan lagi, hanya orang Melayu dan Islam sahaja yang asyik perlu mengalah dalam semua perkara, bahkan dalam isu berkaitan Melayu dan Islam.

“Semuanya kita sahaja yang nak mengalah. Kalau ada sikit ketegasan kita suarakan pasal Melayu dan Islam ada je kata-kata dari pemimpin Melayu sendiri ancam akan ambik tindakan kononnya kitalah yang cuba pecah belahkan rakyat dan anti kaum lain.”

“Ni Menteri Pendidikan pula nak tunduk dengan kepentingan pelajar bukan Islam di bulan Ramadhan yg selama ini kantin2 sekolah Kebangsaan ditutup bulan yg mulia ini,” kata beliau lagi dengan nada kecewa.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membenarkan kantin sekolah untuk beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan tahun ini.

Selain itu, sekolah juga diminta untuk membuka kantin walaupun jumlah pelajar bukan Islam tidak ramai di sesebuah sekolah itu.

“Mengapa perlu menutup kantin? Mereka tidak terbabit dalam amalan ibadah berpuasa seperti orang Islam.”

“Mereka adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang hanya melihat anak-anak orang Islam berpuasa, biarlah mereka meneruskan aktiviti masing-masing,” kata Fadhlina.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: