Telur Ayam Mahal, Kerajaan Baru Lembab – CIJ
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 27 Disember 2022 – “Ayam jenis telur biasa macam dah pupus pulak ya? Kerajaan lama dah lah lembab! Dapat Kerajaan baru pun lembab!!!”
Demikian kenyataan tegas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari mengenai harga sepapan telur ayam jenis OMEGA yang ada di pasaran yang bernilai RM19.
Berdasarkan perkongsian beliau melalui satu hantaran di Facebook, Cikgu Izzat mempersoalkan ke mana perginya telur ayam untuk rakyat marhaen.
Hal ini kerana, kebanyakkan telur ayam dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan harga jualan sebelum ini.
Oleh yang demikian, Cikgu Izzat meminta Yang Berhormat Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk memberi komen mengenai isu ini.
“Takkanlah saya nak minta YAB DS Anwar Ibrahim komen bab telur ayam kut. Malulah level Perdana Menteri kena komen,” katanya.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan kepada orang ramai dengan berkata, “Mana-mana komen kata tempat dia belambak telur murah, jangan fikir tempat awak itu sahaja satu-satunya dalam Malaysia!”.
Minggu lalu, Menteri Ekonomi berkata dalam satu sidang media jikalau harga ayam mahal sangat, kita perlulah mengurangkan makan ayam dan perkara tersebut berlaku disebabkan oleh tabiat ataupun sikap pengguna itu sendiri.
“Kalau tidak, harga barang naik macam mana pun, ia tidak mempengaruhi permintaan, then sampai bila-bila pun kita kena bercakap pasal tak cukup ayam,” katanya.