Tempatan

Ramadan: Kantin Sekolah Boleh Dibuka – Menteri Pendidikan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2023 – Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membenarkan kantin sekolah untuk beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan tahun ini.

“Yang kita hendak tegaskan ialah soal keperluan kita menyantuni kanak-kanak bukan Islam walaupun dalam Ramadan… kerana ini adalah Kerajaan Madani, kerajaan inklusif yang mana kedua-dua pihak perlu saling menghormati.”

BACA JUGA: Hina Nabi Muhammad, Empat Ahli Ajaran ‘Si Hulk’ Diburu

BACA JUGA: Hannah Yeoh Patut Disiasat, PM Patut Tukar – Ketua Penerangan PERKASA

BACA JUGA: Qatar Umum Waktu Bekerja Baharu Sempena Ramadan

“Mereka yang berpuasa kena santuni yang tidak berpuasa, yang tidak berpuasa kena belajar menghormati mereka yang berpuasa. Justeru, saya menyarankan pengusaha kantin untuk terus buka kerana ada kanak-kanak di sekolah rendah yang tidak wajib lagi berpuasa,” ujarnya menurut laporan sebuah portal tempatan.

Selain itu, Fadhlina juga menegaskan bahawa beliau tidak mahu wujud lagi senario pelajar makan di dalam stor atau di tepi longkang di bulan Ramadan.

Kata beliau lagi, sekolah juga diminta untuk membuka kantin walaupun jumlah pelajar bukan Islam tidak ramai di sesebuah sekolah itu.

“Mengapa perlu menutup kantin? Mereka tidak terbabit dalam amalan ibadah berpuasa seperti orang Islam.”

“Mereka adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang hanya melihat anak-anak orang Islam berpuasa, biarlah mereka meneruskan aktiviti masing-masing,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: