Tempatan

Hakis Syariah Bermakna Hakis Kuasa Sultan – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 April 2022 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Tn Hj Aminuddin Yahaya mengingatkan bahawa penghakisan Syariah secara tidak sedar akan menghakis kuasa negeri iaitu kuasa Sultan yang menjadi ketua Agama Islam.

“Kita sering melihat kes-kes mahkamah yang berlaku sejak akhir-akhir ini tidak memihak kepada umat Islam. Malah kalau dikaji secara halus, ia secara tidak sedar menghakis kuasa Negeri iaitu kuasa Sultan, ketua agama Negeri,” ujarnya.

Menurut beliau, kes-kes mahkamah yang tidak memihak kepada umat Islam yang berlaku sejak akhir-akhir ini bukan terjadi secara tiba-tiba, sebaliknya hasil dari perancangan rapi pihak yang ingin menghakis Syariah.

Baginya, musuh Islam kini semakin agresif apabila mereka semakin berani mendesak Majlis Agama Negeri untuk membatalkan keislaman remaja yang telah memeluk Islam.

Beliau mendesak pihak kerajaan dan agensi yang diamanahkan agar memantapkan semula sistem perundangan dan kehakiman Islam di negara ini supaya institusi Mahkamah Syariah tidak lagi dilihat sebagai kelas kedua yang tunduk kepada Mahkamah Sivil.

Beliau berkata demikian dalam Konvensyen Perundangan 2022: Mengarusperdanakan Syariah yang dianjurkan oleh PEMBELA yang diadakan pada hari Rabu baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: