Tempatan

Semakan Kehakiman Mahkamah Syariah: Mahkamah Persekutuan Terkhilaf – Datuk Profesor Madya Wan Ahmad Fauzi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 April 2022 – “Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, pada pandangan saya, telah terkhilaf,” ujar Datuk Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain, mengulas tentang keputusan Mahkamah Persekutuan tentang bidang kuasa semakan kehakiman oleh Mahkamah Syariah.

Beliau menjelaskan bahawa bidang kuasa Mahkamah Persekutuan adalah tidak mutlak, berdasarkan pemerhatian beliau terhadap peruntukan Perlembagaan Sendiri.

Jelasnya lagi, dalam isu semakan kehakiman, sekiranya kes tersebut membabitkan undang-undang diri bagi orang Islam maka bidang kuasa sepatutnya adalah di Mahkamah Syariah.

“Kalau kita rujuk kepada Perlembagaan Jadual Ke-9, Senarai 1, Butiran 4 … Undang-undang diri bagi orang Islam adalah di bawah Mahkamah Syariah. Bukan boleh ditentukan oleh Mahkamah Kehakiman Persekutuan,” jelasnya.

Beliau kemudiannya menjelaskan lagi bahawa mahkamah turut terkhilaf berkaitan Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan, sebuah peruntukan yang menjelaskan tentang baki bidang kuasa perundangan.

“Mahkamah Persekutuan sepatutnya melihat kepada kuasa yang ada pada Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan kerana negerilah yang membentuk Persekutuan, negerilah yang beri kuasa kepada Persekutuan dan Mahkamah Syariah telah wujud lebih awal dari Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya tegas.

Baru-baru ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kerajaan Selangor tidak berhak memberikan bidang kuasa semakan kehakiman kepada Mahkamah Syariah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: