Terkini

Fatwa Negeri Selangor Ke Atas SIS Forum Kekal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Alhamdulillah.

Mahkamah Rayuan dengan majoriti 2-1 (YA Dato’ Che Ruzima dan YA Dato Has Zanah majoriti, YA Dato’ Gunalan A/L Muniandy sebagai minoriti menentang) menolak rayuan SIS Forum Malaysia ke atas Penghakiman Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman SIS Forum terhadap fatwa pemikiran liberalisme dan pluralisme yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Natijahnya, fatwa tersebut kekal, SIS forum kekal sebagai ajaran liberalisme dan pluralisme, dan sesiapa yang memegang fahaman sedemikian harus bertaubat.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan memberikan penggantungan sementara ke atas apa-apa tindakan yang mungkin diambil oleh pihak berkuasa agama negeri ke atas SIS Forum sementara pemfailan permohonan penggantungan (stay) secara formal dibuat.

Alhamdulillah.

Pautan Asal: FB يوسفاريزال يوسف 

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: