Tempatan

Keputusan Kes SIS Forum Mencabar Keabsahan Seksyen 66A Ditetapkan Kemudian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2021 – Tarikh keputusan perbicaraan berkaitan cabaran daripada SIS Forum Bhd terhadap Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor akan ditetapkan kemudian, maklum Datuk Zainul Rijal dalam Facebooknya.

Perbicaraan berkaitan cabaran dari SIS Forum Bhd memohon perisytiharan bahawa Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor sebagai tidak sah berlangsung pagi tadi secara atas talian.

“Alhamdulillah selesai penghujahan kes cabaran terhadap Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor bermula jam 9.30 pagi selesai hampir jam 1. Tarikh keputusan akan ditetapkan kemudian.”

14 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk menjadi pencelah dalam permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum mencabar Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.

Seksyen 66A memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk mendengar permohonan semakan kehakiman terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh badan itu atau mana-mana jawatan kuasa yang ditubuhkan dalam Enakmen Pentadbiran tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: