Tempatan

Fatwa Digazetkan Untuk Keseragaman – Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, tujuan undang-undang di Malaysia digazetkan adalah untuk dijadikan keseragaman.

“Dalam sistem kerangka perundangan moden kita, apabila fatwa itu telah digazetkan, ia menjadi satu yang wajib diikuti kerana apa? Kerana kita nak standardization. Nanti hari ini orang puasa hari Rabu, esok orang lain puasa ikut sendiri. Itu yang kita perlukan standardization mengikut undang-undang kita.”

Ujarnya, inilah sebab mengapa hukum syarak digazetkan. Apabila ia digazetkan, maka ia wajib diikuti.

“Dalam hukum syarak tak ada warta-warta ini. Tetapi mengikut prinsip undang-undang kita, kita wartakan untuk dijadikan keseragaman.”

Tambahnya, jika masyarakat tidak bersetuju dengan sesuatu fatwa yang digazet atau tidak digazetkan, mereka boleh meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri tersebut untuk meminda fatwa tersebut.

Kata Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) itu lagi dalam sesi siaran langsung anekdot “Mahkamah Syariah Teruji” anjuran Dialektika TV, tidak semua fatwa ataupun pandangan yang dikeluarkan oleh mufti itu mengikat semua orang Islam untuk mengikutinya.

“Undang-undang Syariah itu diseragamkan melalui gazet, warta. Sekiranya fatwa itu tidak diwartakan, ia tidak wajib untuk dilaksanakan. Tidak menjadi kesalahan.”

“Jadi tak semua fatwa, pandangan yang dikeluarkan oleh mufti itu menjadi binding kepada semua orang Islam. Itu kita kena tahu dalam sistem kerangka undang-undang Islam Malaysia.”

Anekdot “Mahkamah Syariah Teruji” anjuran Dialektika TV disiarkan secara langsung di Facebook dan YouTube Dialektika TV pada 28 Februari 2021 menampilkan barisan panelis seperti Prof Madya Dr Rafidah Hanim, Pengerusi Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Siti Kasim, pengasas Malaysian Action for Justice and Unity Foundation (MAJU) serta Sayed Munawar sebagai kemudi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: