Tempatan

Tragedi Basikal Lajak: Sam Ke Ting Bebas Segala Tuduhan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 11 April 2023 – Sam Ke Ting dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada tahun 2017.

Lapor portal tempatan, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan adalah cacat, sekali gus mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi terhadap Sam Ke Ting.

BACA JUGA: Peniaga Menu Rahmah Diingatkan Jangan Harapkan Subsidi

BACA JUGA: Lelaki India Koyak Al-Quran & Cuba Langgar Jemaah Di Masjid Ontario

BACA JUGA: Imam Ditikam Sewaktu Solat Subuh Di New Jersey

Keputusan itu diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 13 April tahun lalu memerintahkan kerani itu dikenakan hukuman berkenaan atas kesalahan yang dilakukannya pada 2017.

Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Datuk Abu Bakar Katar juga memerintahkan Sam Ke Ting, 27, menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun berkuat kuasa selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Ia sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun sama, yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada pertuduhan berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada jam 3.20 pagi 18 Februari 2017, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, selain lesen memandu digantung jika sabit kesalahan.

Dalam tragedi basikal lajak itu, remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin,16.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: