Antarabangsa

Polis China Upah Pengintip Larang Muslim Uyghur Berpuasa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

XINJIANG, 11 April 2023 – Polis China kini menggunakan pengintip untuk memastikan masyarakat Islam Uyghur tidak berpuasa pada bulan Ramadan tahun ini.

Lapor sebuah portal media, pengintip-pengintip tersebut direkrut daripada rakyat biasa, polis dan ahli jawatankuasa kejiranan termasuk dari kalangan kumpulan etnik Uyghur sendiri bagi mengatasi halangan berbahasa.

Seorang anggota polis dari Balai Polis Turpan City mendedahkan, balai itu telah mengarahkan dua atau tiga pengintip setiap kampung untuk memantau penduduk yang sebelum ini disoal siasat dan ditahan kerana berpuasa pada bulan Ramadan.

“Di tempat kerja saya, terdapat 70-80 anggota polis Uyghur yang sama ada secara langsung bekerja sebagai ‘telinga’ atau mengetuai ‘telinga’ orang awam yang lain,” ujar pegawai berkenaan.

BACA JUGA: Isu Palestin: Kenyataan ‘Solidariti’ Barat & PBB Hanya Pura-Pura

BACA JUGA: Imam Ditikam Sewaktu Solat Subuh Di New Jersey

BACA JUGA: Lelaki India Koyak Al-Quran & Cuba Langgar Jemaah Di Masjid Ontario

Dalam pada itu, seorang kakitangan biro polis Turpan pula memaklumkan terdapat perisik dalam pasukan polis yang memantau sama ada pegawai Uyghur berpuasa atau tidak.

Katanya, “Kami mempunyai pegawai peringkat atasan dan ejen dalaman kami memerhatikan tingkah laku anggota polis Uyghur.”

Tambahnya, pegawai turut menguji warga Uyghur dengan mengedarkan buah-buahan untuk dimakan dan setakat ini, mereka tidak mengesan mana-mana pegawai yang berpuasa.

Selain itu, warga tua dan remaja turut diawasi kerana orang tua mempunyai ‘idea yang tegar dan tidak mudah berubah’ manakala remaja pula ‘mudah terkeliru dan terpengaruh’ dengan kata-kata orang dewasa.

Lebih membimbangkan, pihak berkuasa melakukan rondaan sekali gus menyoal keluarga Muslim Uyghur untuk melihat sama ada mereka bangun sebelum Subuh untuk sahur dan berkumpul untuk berbuka puasa, yang dianggap melanggar undang-undang pihak berkuasa China.

Sebelum ini, pada Ramadan tahun 2017, China telah melarang umat Islam di Xinjiang berpuasa namun sekatan itu dilonggarkan sebahagiannya pada 2021 dan 2022”, di mana mereka yang berumur lebih 65 tahun dibenarkan berpuasa.

Bagaimanapun, tahun ini, kerajaan China sekali lagi melarang semua umat Islam Xinjiang berpuasa tanpa mengira umur, jantina atau pekerjaan, ujar seorang pegawai politik.

“Tiada siapa dibenarkan berpuasa pada Ramadan ini,” tegas seorang pegawai China.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: