Tempatan

Kerajaan Larang 3 Kenderaan Sebab Basikal Lajak: Kesian Penghantar Makanan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 April 2022 – “Basikal lajak dan ibu bapa yang degil dan jahil punya pasal…yang lain-lain terkesan….sakit pula hati. Kesian penghantar makanan Grab yang hantar makanan guna skuter elektrik,” kata @ohmeelo selepas kerajaan mengumumkan tiga jenis kenderaan mikromobiliti dilarang penggunaannya di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta.

 

WhatsApp-Image-2022-04-27-at-8.40.08-AM-2.jpeg?resize=427%2C471&is-pending-load=1#038;ssl=1

Tiga kenderaan itu termasuk Moped (kenderaan yang dipasang dengan dua atau tiga roda dan dipacu oleh sumber elektrik dengan kelajuannya tidak melebihi 50 kilometer sejam (km/j)), skuter berkuasa elektrik, kuasa enjin pembakaran dalaman ataupun kuasa manusia dan alat bantuan pergerakan peribadi.

Tinjaun samudera.my mendapati, ramai antara warganet di Twitter yang tidak bersetuju dengan larangan ini.

“Nak jadi negara maju tapi haramkan benda ni. Benda mudah je kuatkuasakan penggunaan alat pelindung macam basikal tu. Barai gila la kerajaan ni,” kata @Norloqman.

WhatsApp-Image-2022-04-27-at-8.40.08-AM.jpeg?resize=431%2C463&is-pending-load=1#038;ssl=1

Ahmad Fitri, seorang perunding takaful juga senada dengan @Norloqman mengenai penggunaan alat pelindung.

“Sebab keselamatan ke? Ikut keselamatan, risiko sama seperti motosikal/basikal. Wajibkanlah pakai helmet. Pakai kenderaan mikro ni kurangkan kesesakan.”

WhatsApp-Image-2022-04-27-at-8.40.07-AM-2.jpeg?resize=437%2C475&is-pending-load=1#038;ssl=1

Ihsan, seorang lagi pengguna Twitter juga tidak bersetuju dengan larangan ini.

Menurutnya, penggunaan kenderaan mikromobiliti ini sepatutnya diluaskan.

“Sepatutnya meluaskan penggunaan basikal/skuter eletrik sebegini. Tetapi itulah, kereta juga yang akan menang akhirnya.”

WhatsApp-Image-2022-04-27-at-8.40.07-AM-1.jpeg?resize=421%2C430&is-pending-load=1#038;ssl=1

Manakala @SiKumbangTv pula menegaskan, larangan ini sepatutnya dikenakan ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kadar kematian yang serius.

“Patut dikenakan kepada pemandu mabuk yang sudah menyebabkan kadar kematian yang serius. Oh tak, saya lupa, ianya tak akan berlaku. Padan muka kita, semua kaki mabuk yang memandu menang.”

WhatsApp-Image-2022-04-27-at-8.40.07-AM.jpeg?resize=411%2C485&is-pending-load=1#038;ssl=1

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, larangan terhadap tiga kategori kenderaan mikromobiliti itu dilaksanakan mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas (Larangan Penggunaan Kenderaan Mobiliti Tertentu) 2021 yang berkuat kuasa 17 Dis 2021.

“Penggunaan kenderaan mikromobiliti di atas jalan adalah membahayakan bukan sahaja kepada pengguna kenderaan tersebut tetapi pengguna lain.”

“Seperti nahas basikal lajak yang telah meragut lapan nyawa, penggunaan kenderaan ini dengan percampuran dengan aliran trafik kenderaan motor lain di atas jalan akan menimbulkan risiko berlaku tragedi yang sama.”

“Kita bimbang apabila Aidilfitri nanti ramai pengguna kenderaan mikromobiliti akan ke bandar untuk berkumpul kerana tahu tiada kenderaan di jalan. Ia sesuatu yang bahaya kepada pengguna jalan raya,” kata Wee Ka Siong lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: