Tempatan

Sam Ke Ting Dijatuhkan Hukuman Penjara Sebabkan Kematian 8 Remaja

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Sam Ke Ting Dijatuhkan Hukuman Penjara Sebabkan Kematian 8 Remaja

JOHOR, 13 April 2022 – Sam Ke Ting, 27, dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun dan denda RM 6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 8 orang remaja yang sedang berbasikal pada tahun 2017.

Hakim Mahkamah Tinggi, YA Datuk Abu Bakar Katar, membuat keputusan membenarkan permohonan rayuan pihak pendakwaan, sekaligus mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret terdahulu.

Mahkamah turut menyatakan bahawa terdapat kekhilafan oleh mahkamah bicara dalam membincangkan beberapa isu teknikal seperti isu berkaitan identiti pemandu kereta, pengecaman terhadap mangsa dan eksibit.

Terdahulu, Mahkamah Majistret pada 10 Oktober 2021 telah memutuskan supaya kerani tersebut dibebaskan daripada pertuduhan.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: