Tempatan

Hina Si Mati “Bakal Mat Rempit”: Petisyen Bebaskan Sam Ke Ting Hampir Cecah 800,000

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 April 2022 – “”Sam Ke Ting bukanlah punca kemalangan ini. Puncanya ialah 16 bakal mat rempit dan ibu bapa mereka.”

Petikan tersebut dimuat naik di dalam petisyen mendesak Sam Ke Ting dibebaskan daripada hukuman penjara enam tahun atas kesalahan menyebabkan kematian lapan pelajar bawah umur berbasikal lajak, yang kini sudah pun berjaya mendapat hampir 800,000 tandatangan.

BACA: Keputusan Saman Sekolah Vernakular di Mahkamah Tinggi Kalah

BACA: Vaksin AstraZeneca Ada Babi: Malaysia Akan Kaji Bahan Dalam Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

Petisyen yang dilancarkan oleh individu yang dikenali sebagai ‘Wan Junaida’ pada mulanya hanya menyasarkan sekitar 300,000 tandatangan, dan secara tiba-tiba mendapat sambutan hangat daripada para netizen.
Petisyen ini dilancarkan susulan keputusan Mahkamah Tinggi di Johor Bahru baru-baru ini yang menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM 6,000 terhadap Sam Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian lapan remaja yang menaiki basikal lajak lima tahun lalu.

Hampir 800,000 penandatangan ini secara solidariti menegaskan, “Kami tidak menerima penghakiman ini, dan menyeru hukumannya dibatalkan, supaya tidak merompak masa depan cerah seorang warganegara Malaysia yang muda dan tidak bersalah.”

Leave a Reply

Back to top button