Terkini

Tiada Undang-Undang Wajibkan Vaksin Covid-19 – Prof Madya Dr Khairil Azmin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 03 September 2021 – Tiada undang-undang menyatakan rakyat Malaysia wajib menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar.

Keadaan itu berkait rapat dengan undang-undang hak asasi manusia melibatkan tubuh badan dan individu itu mempunyai hak kepada tubuh badannya daripada disakiti oleh orang lain.

“Oleh kerana hak asasi ini, tiada lagi undang-undang untuk mewajibkan pengambilan vaksin.”

Maka, ketiadaan undang-undang tersebut membolehkan pengambilan suntikan vaksin itu seharusnya diambil secara sukarela dan tiada paksaan oleh mana-mana pihak.

“Itu terpulang kepada individu tersebut kerana pengambilan suntikan vaksin harus dicucuk dengan jarum dan tidak ada pihak yang boleh memaksa individu tersebut mengambil vaksin,” ujar beliau.

Timbalan Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), YAM. Tengku Panglima Raja, Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus.

Maka, setiap individu mempunyai kebebasan untuk memilih sama ada ingin mengambil vaksin COVID-19 ataupun tidak tanpa ada unsur paksaan, ‘double-standard atau diskriminasi.

Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia (KGMM), Datuk Sabri Arshad semalam menyatakan bahawa kumpulan pelajar yang menolak vaksin harus diasingkan supaya mereka tidak merisikokan pelajar lain serta para guru menyebabkan kemunculan kluster baharu tidak diingini.

“Justeru, pelajar yang menolak vaksin mesti diasingkan dan tidak boleh duduk sekali dalam satu kelas. Tindakan menolak vaksin ini akan merisikokan banyak pihak.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: