Tempatan

Kabinet Baharu Diminta Hentikan Kezaliman – Ustaz Masridzi bin Sat

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2021 – “Akibat dari tindakan kerajaan sebelum ini yang mengeluarkan kelonggaran Standard Operating Procedure (SOP) untuk individu yang selesai 2 dos vaksin, maka golongan yang tidak mengambil vaksin seolah-olah didiskriminasi hak mereka dan digambarkan macam seorang pesalah.”

“Maka Kabinet baru diminta hentikan segera kezaliman tersebut,” kata Presiden Perkid Malaysia Ustaz Masridzi bin Sat.

Menurutnya, bekas Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin sebelum ini menyatakan dalam Parlimen bahawa suntikan vaksinasi adalah secara sukarela, tiada paksaan.

Ditambah kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, bekas Menteri Undang-Undang yang juga menjelaskan bukan satu kesalahan jika tidak mengambil vaksin. Termasuklah kenyataan Tan Sri Noor Hisham, Ketua Pengarah KKM jelas menyatakan vaksin masih di peringkat kajian dengan negara China.

“Tiba-tiba kenyataan bekas PM di Kuala Terengganu sebelum meletakkan jawatan baru-baru ini, menyatakan akan mengambil tindakan mandatori kepada yang tidak mahu mengambil vaksin. Kenyataan bekas PM juga telah membuat keputusan undang-undang double standard kepada yang mengambil vaksin dan yang tidak mengambil vaksin,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Penasihat Kehormat Gerakan Post Mortem Covid-19 (GPMC) berkata, akibat dari tindakan SOP kerajaan ini jugalah yang menyebabkan banyak rakyat yang sengsara.

“Ada yang bangkrap dan bunuh diri, ditindas pula tidak boleh masuk masjid, pejabat kerajaan, hotel, rentas negeri dan lain-lain. Ini kezaliman melampau ke atas rakyat yang tidak mengambil vaksin.”

Beliau menjelaskan, terdapat banyak juga aduan, berkaitan diskriminasi SOP, kesan sampingan setelah divaksin dan juga kematian dari mereka yang telah menerima vaksin.

Tetapi tiada sebarang pembelaan dan ganti rugi dari pihak kerajaan dalam semua kes tersebut.

“Bahkan data kematian masih banyak yang tidak jelas termasuklah ganti rugi RM500,000 seperti yang diumumkan bekas Menteri Kesihatan Dr Adham Baba kepada mangsa sama ada melibatkan kesan sampingan atau kematian akibat divaksin tidak dilaksanakan sehingga hari ini.”

Tegasnya, undang-undang double standard tidak boleh diamalkan dalam negara ini kerana telah membuat rakyat derita, berpecah-belah, bergaduh sesama sendiri yang tidak akan menguntungkan sesiapa pun.

Tambah Ustaz Masridzi, ketegasan Majlis Ugama Islam negeri Pahang wajar dicontohi dalam memberikan keadilan kepada rakyat khususnya yang beragama Islam sama ada yang divaksin atau tidak divaksin.

“Rakyat sudah mulai sedar, sudah banyak laporan polis beramai-ramai telah dibuat dan diharapkan kebawah DYMM Tuanku YDPA dapat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji dan membetulkan semula penindasan yang double standard kepada rakyat bawahan.”

Oleh itu, Perdana Menteri dan Kabinet kerajaan yang baharu juga diminta supaya segera membetulkan segala SOP yang zalim dan projek vaksinasi yang disifatkan masih gagal kerana ramai rakyat yang menderita dan tidak mendapat pembelaan yang adil.

“Kami mengingatkan kepada PM kabinet kerajaan yang baru nanti agar dapat segera membaiki dan membetulkan segala SOP yang zalim dan projek vaksinasi yang masih tidak jelas keberkesanannya serta gagal mengurangkan derita rakyat dan tidak mengurangkan jumlah jangkitan serta kematian akibat Covid-19 dalam negara kita sehingga kini.”

“Selain itu, kami juga menyeru agar kaedah untuk menangani wabak Covid-19 ini mesti dikaji semula, dibaiki, ditambah baik termasuklah tidak hanya bergantung dengan kuasa luar sebaliknya mengumpul dan menyatukan pelbagai kepakaran tokoh-tokoh perubatan yang ada dalam negara kita termasuk menggunakan pelbagai kaedah dan ubat-ubatan alternatif,” katanya.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button