Tempatan

PPIM Sambut Baik Kenyataan Timbalan Yang Dipertua MUIP

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2021 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut pendirian dan keterbukaan kenyataan YAM Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al’Mustafa Billah Shah, SSAP, SIMP, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang mengenai keputusan hukum pengambilan vaksin Covid-19 di Negeri Pahang sebagai Harus (dibenarkan, bukan diwajibkan).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPIM, NGO itu amat bersetuju dengan pendirian YAM Tengku Panglima berhubung perkara bakal wujud gejala Medical Apartheid di kalangan masyarakat Islam akibat terpengaruh dengan kecenderungan diskriminasi perubatan.

“PPIM amat bimbang umat Islam kini sudah mula berpecah dan tiada persefahaman akibat kelemahan dan ketidakstabilan politik negara ditambah dengan keadaan negara yang masih tidak dapat melandaikan lengkungan wabak Covid-19 yang ternyata semakin meningkat dari sehari ke sehari.”

Justeru PPIM menggesa pihak-pihak penguasa lain bersama-sama memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan dilema ini.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button