Tempatan

Medical Apartheid Tidak Harus Berlaku – Nik Salida

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

NILAI, 17 Ogos 2021 – Assoc Prof Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh menegaskan, Medical Apartheid atau apartheid perubatan tidak harus berlaku.

“Sekiranya berlaku layanan berbeza antara kelompok yang mengambil vaksin dan tidak mengambil vaksin, perlu dipastikan bahawa perbezaan tersebut tidak sehingga membawa kepada ketidakadilan.”

Menyentuh persoalan mengenai kesukaran yang dihadapi oleh mereka yang tidak divaksin kerana sebab tertentu seperti alahan dan hamil, Assoc Prof Dr Nik Salida berkata,

“Tidak mengambil vaksin tidak boleh menjadi alasan untuk mereka didiskriminasi oleh apa pun, cuma mungkin perlu dilayan dengan cara yang berbeza untuk menjamin keselamatan dan kesihatan awam.”

Ujar Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini lagi, untuk mengelakkan kelompok yang tidak mengambil vaksin didiskriminasi oleh sistem dan peraturan, kemungkinan terdapat mekanisma lain yang perlu difikirkan untuk memastikan hak kelompok ini untuk mendapat akses ke sesuatu tempat dan sebagainya tidak dinafikan.

“Sebarang urusan mungkin boleh dilakukan secara dalam talian atau dengan pematuhan SOP yang ketat. Ia bertujuan untuk menyelamatkan masyarakat dan bukan membinasakan.”

Mengakhiri kenyataan, Assoc Prof Dr Nik Salida berpandangan, dalam prinsip hak asasi manusia, hak dan kebebasan individu mungkin boleh ternafi untuk menjamin hak dan kebebasan masyarakat.

Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya tiada seorang pun yang dinafikan hak asasi mereka, selagi mana tidak mengganggu hak orang lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: