Tempatan

Jangan Jadikan Pasport Vaksin Seperti I/C – Yusuf Azmi

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2021 – “Kita kena pasti, tapi janganlah kita jadikan ini satu sistem yang di mana seperti ia seolah-olah I/C pulak, macam I/C pulak warganegara bukan warganegara. Dia tidak boleh begitu tapi ia untuk kita nak tahu berapa peratus rakyat Malaysia yang dah terima vaksin untuk kita buat, saya kira macam ID untuk mereka yang dah menerima vaksin itu bagus.”

Ini merupakan jawapan Yusuf Azmi apabila ditanya mengenai kemungkinan kelonggaran SOP untuk mereka yang lengkap vaksin Covid-19 dan pasport vaksin boleh menjurus ke arah diskriminasi dan apartheid perubatan (medical apartheid).

Menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) di masjid sebagai contoh, Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia ini menegaskan bahawa perkara ini tidak wajar apabila melibatkan jemaah yang tidak boleh mengambil suntikan vaksin Covid-19, bukan yang sengaja tidak mahu divaksin.

“Contoh saya ambil masjid, masjid lebih tinggi sebab hukum Allah daripada vaksin hukum manusia ni. Bagi saya tak wajar kalau tanya pendapat saya, itu tak wajar. Tapi kalau orang yang boleh vaksin tak ambil tu lain lah, tapi bagi orang yang tak ambil sebab memang tak boleh vaksin, tak kan nak biarkan mereka tak boleh masuk masjid.”

Tambahnya, “Saya difahamkan Sultan istana di Pahang sudah keluar kenyataan diskriminasi tentang nak masuk masjid ni, tu semua nak kena tengok, nak kena kaji balik.”

Mengakhiri wawancara, Yusuf Azmi yang terkenal sebagai seorang aktivis yang aktif ini tidak menafikan sistem pasport vaksin itu bagus, tetapi janganlah sampai ke tahap mendiskriminasi.

“Tentang pasport vaksin untuk adakan diskriminasi tu yang saya tidak bersetuju. Diskriminasi dekat agama, diskriminasi dekat tempat pekerjaan, diskriminasi tu pasal apa. Tak boleh lah macam tu. Yang tu nak kena ubah.”

Oleh itu, beliau berharap agar kerajaan bertoleransi dalam pelaksanaan SOP dan undang-undang terutama terhadap golongan yang tidak boleh menerima vaksin Covid-19.

“Tuan punya badan ni, dia bukan tak nak ambil vaksin, dia tak boleh ambil vaksin. Jadi bila tak ambil vaksin, bila digunakan sebagai pasport untuk masuk ke dalam masjid, masuk ke dalam mall, pergi ke sekolah, pergi kerja, tu saya rasa tak wajar.”

“Saya nampak bertoleransilah sikit, bertolak ansur dalam masyarakat di negara kita.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button