Tan Sri Musa Hassan Persoal Bagaimana Sindiket ‘Scammer’ Antarabangsa Beroperasi 4 Tahun Lama?
KUALA LUMPUR, 27 Februari 2023 – Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan bagaimana sindiket penipuan antarabangsa boleh beroperasi di sini selama empat tahun, sejak 2019.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan mengapa serbuan sindiket penipuan itu dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa melibatkan pihak polis.
BACA JUGA: Belanjawan 2023: Sumbangan Tunai Rahmah Bantu Golongan Berpendapatan Rendah
“Then something is wrong normally the police works together with SPRM. Is it due to trust deficit since the illegal operation went unhindered since 2019,” tulisnya dalam Twitter sambil berkongsi pautan berita tentang serbuan SPRM tersebut.
BACA JUGA: AS Puji Oman Buka Ruang Udara Untuk Negara Haram Aparteid Israel
Pada Selasa lalu, SPRM melakukan serbuan terhadap 24 premis secara serentak di Lembah Klang dan Pulau Pinang dalam operasi yang diberi nama Op Tropicana.
BACA JUGA: RM350, Bantuan Untuk Isteri Yang Suami Dalam Penjara
Sindiket itu dipercayai beroperasi sejak 2019 mengaut hampir RM200 juta daripada mangsa warga Australia dan UK, malah dipercayai memberi suapan kepada pihak berkuasa supaya mereka boleh terus beroperasi.
Dalam sidang akhbar Op Tropicana, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya percaya bahawa ada agensi penguatkuasaan tertentu yang disogok oleh sindiket berkenaan supaya melindungi aktiviti jenayah mereka.
“Sewaktu serbuan dilakukan tempoh hari, beberapa nama tertentu yang dicatatkan oleh ahli sindiket turut ditemui dipercayai sebagai individu yang memberi perlindungan kepada mereka,” katanya.
Namun begitu, pihaknya tidak mahu mendedahkannya ketika ini.