Perangkap 10 Muslimah Jika Hilang Seorang Gadis Hindu – Ekstremis Hindutva
KARNATAKA, 27 Februari 2023 – “Jika kita kehilangan seorang gadis Hindu – kita perlu perangkap sepuluh gadis Islam. Jika anda berbuat demikian, Sri Ram Sene akan mengambil tanggungjawab anda dan menyediakan semua jenis tahap perlindungan dan pekerjaan.”
Ini ikrar Ketua militan Pasukan Tentera Rama (Sri Ram Sene), Pramod Muthalik dalam satu ucapan di Bagalkote, Karnataka.
BACA JUGA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak
Dakwanya, beribu-ribu gadis Hindu telah dieksploitasi atas nama “jihad cinta”. Oleh itu, pemuda Hindu perlu melakukan tindak balas mengikut seruannya.
BACA JUGA: Pemujaan Dewa Hanuman Mula Dimainkan Lawan Laungan Azan Subuh
Bercakap kepada The Indian Express, Pramod berkata beliau telah membuat kenyataan serupa lebih daripada 10 kali dan akan terus berbuat demikian untuk “melindungi” wanita Hindu.
BACA JUGA: “Jangan Hanya Pegang Pedang, Kerat Kemaluan Mereka” – Ahli Pasukan Tentera Rama
“Saya tidak mengatakan ini kerana pilihan raya sudah dekat. Kenyataan saya sentiasa demi kepentingan penganut Hindu,” tambahnya.
Sebelum ini samudera.my pernah melaporkan kenyataan dari pegawai propaganda kumpulan militan ini, Raja Chandra Raman Gouda yang menyeru hadirin untuk kerat kemaluan dan bunuh Muslim.
Dakwanya, ia kerana Muslim akan menyerang mereka. Oleh itu, kaum Hindu tidak patut duduk diam dengan senjata di tangan, tetapi, bunuhlah Muslim.