Tempatan

Suspek Perlombongan Haram Mati Dalam Tahanan SPRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2023 – Seorang suspek yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan aktiviti perlombongan haram dan pengubahan wang haram disahkan meninggal dunia semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, lelaki itu adalah antara tiga yang ditahan kerana didakwa melakukan jenayah itu di Raub, Pahang.

BACA JUGA: Beberapa Jalan Utama Sekitar Port Dickson Ditutup 19 Jun Ini

BACA JUGA: ‘Formula’ B40, M40, T20 Dihapus Tahun Depan

BACA JUGA: Mantan CEO FINAS Dakwa Dipecat Kerana Siasat Isu Ketirisan Dana

Jelasnya, pegawainya mendapati, lelaki itu seperti tidak sihat ketika siasatan lalu terus dibawa ke hospital dengan segera.

“Bagaimanapun, dia meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya.

Menurut Azam, kes telah diserahkan kepada Polis Daerah Putrajaya.

“SPRM juga sudah menyerahkan semua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan siasatan polis,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Azam turut memberi jaminan bahawa SPRM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis yang bertanggungjawab menyiasat kejadian itu.

Manakala, pegawai SPRM yang terbabit dalam siasatan itu akan memberikan keterangan mereka kepada polis berhubung kejadian tersebut.

Terdahulu, SPRM telah menahan tiga individu yang berusia antara 40an hingga 60an selepas menyerbu dan membongkar kegiatan perlombongan bijih haram di Raub kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketiga-tiga suspek lelaki ini terdiri daripada pengusaha lombong dan penjawat awam.

Sumber memberitahu, modus operandi sindiket ialah melakukan kegiatan perlombongan di luar kawasan perlombongan yang ditetap dan dibenarkan kepada syarikat mereka.

Hasil operasi, SPRM mengesan perlombongan haram dan pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM1.8 juta di Raub, Pahang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: