SPRM Langgar Protokol Apa? – Mantan Ketua Hakim Negara
PETALING JAYA, 04 Mac 2023 – Mantan Ketua Hakim Negara, Abdul Hamid Mohamad telah mempersoalkan mengenai pelanggaran protokol yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap siasatan Hakim Nazlan Ghazali.
Menurut beliau, tiada undang-undang bertulis yang mengawal perkara tersebut malah protokol yang dijelaskan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat tidak pernah disebut oleh Mahkamah sebelum penggubalannya oleh Mahkamah Persekutuan melalui keputusannya minggu lalu.
Katanya, “Sebenarnya, SPRM didapati melanggar protokol yang masih belum wujud. Apapun, keputusan itu memberi alasan kepada Mahkamah untuk mencari kesalahan dalam siasatan.”
Tambah Abdul Hamid, Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa badan penyiasat seperti SPRM boleh menyiasat hakim yang sedang berkhidmat dan mereka boleh didakwa ata kemungkinan kesalahan jenayah.
BACA JUGA: Hujan Lebat Menyeluruh Dijangka Berakhir Mac Ini
BACA JUGA: Banjir: Masjid Dibenarkan Jadi PPS Bersyarat
BACA JUGA: Simpati Nasib Mangsa Banjir, Pemilik Bengkel Tawar Servis Percuma
“Bagaimanapun, ketua hakim negara dan badan kehakiman tidak boleh membenarkan keputusan mereka terhenti setakat itu, hinggakan sudah dua kali mengeluarkan kenyataan membela Nazlan. Jika tidak, dakwaan yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin dilihat benar.”
“Perlu dilihat bahawa tiada mana-mana pihak dalam kes itu telah mengaku atau diminta untuk menangani Mahkamah mengenai perkara yang menjadi subjek keputusan. Perkara itu dibangkitkan oleh Mahkamah sendiri.”
Abdul Hamid turut menyuarakan kebimbangannya dengan beberapa keputusan yang dikemukakan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tertinggi yang melampaui kuasanya sejak kebelakangan ini.
Ujarnya, penghakiman sekarang seolah-olah badan perundangan dan eksekutif Kerajaan yang tidak berkuasa untuk menjalankan tugas secara bebas.
Penghakiman itu juga meletakkan hakim ‘di atas taraf lebih tinggi daripada menteri Kerajaan dan juga Raja-Raja Melayu’ dengan menghendaki pihak berkuasa berunding dengan Ketua Hakim Negara sebelum memulakan siasatan terhadap hakim yang sedang berkhidmat.
Jelas Abdul Hamid, beliau tidak menentang penubuhan satu set protokol ketika menyiasat hakim namun ia menjadi perkara dasar yang perlu dibincangkan oleh eksekutif.
“Pihak kehakiman boleh membuat cadangan mengenai perkara itu kepada eksekutif. Jika eksekutif bersetuju, maka ia perlu dibuat undang-undang oleh Parlimen. Dengan kata lain, lakukan dengan cara yang betul,” katanya lagi.