Tempatan

Masih Wujud Jenayah Berunsur Keganasan, Bukti Negara Perlu SOSMA – Musa Hasan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Disember 2022 – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) masih diperlukan untuk menjaga keselamatan negara susulan masih wujud jenayah berunsur keganasan di Malaysia.

Beliau menegaskan serta mengklasifikasi bahawa kes yang baru sahaja berlaku berkenaan seorang pelayan restoran yang maut dalam sebuah kejadian letupan di Pandan Indah baru-baru ini adalah merupakan kes jenayah berunsur keganasan.

Justeru, menerusi entri di akaun Twitternya semalam, Tan Sri Musa Hassan berkata selain menjaga keselamatan negara, SOSMA juga perlu untuk melindungi rakyat daripada menjadi mangsa jenayah keganasan dan terorisme.

Tan Sri Musa Hassan sebelum ini juga tegas dengan pendirian bahawa SOSMA perlu dikekalkan kerana ia perlu untuk menjaga negara.

Tambah beliau, kajian untuk menambah baik Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) itu akan disokong sepenuhnya tetapi tidak untuk dimansuhkan supaya keselamatan negara kekal terjamin daripada sebarang ancaman bahaya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: