Tempatan

Amaran: Hujan Berterusan Di Sarawak Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di sebahagian kawasan di Sarawak iaitu di Kuching, Serian dan Samarahan.

Dalam amaran berkenaan, METMalaysia menjangkakan hujan yang sangat lebat berterusan dijangka berlaku hari ini.

BACA JUGA: Tan Sri Musa Hassan Persoal Bagaimana Sindiket ‘Scammer’ Antarabangsa Beroperasi 4 Tahun Lama?

BACA JUGA: Wahabi Tak Selari, Masyarakat Islam Sarawak Harus Pegang Teguh Fahaman Sederhana – HIKMAH

BACA JUGA: Kelantan, Terengganu Tidak Layak Royalti Minyak – Kerajaan Perpaduan

“Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.”

Dalam pada itu, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan dalam notis yang sama bagi kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.”

Selain itu, METMalaysia juga meramalkan hujan berterusan berlaku di sekitar Sabah (Sandakan dan Kudat) serta di beberapa negeri di Semenanjung iaitu Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” kata jabatan itu dalam notis tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: