Tempatan

PRU-15: Bossku Ditegah Turun Padang Berkempen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAJANG, 12 Oktober 2022 – Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak tidak dibenarkan keluar berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selagi masih menjalani hukuman penjara, kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Nordin Muhammad.

“Keadaan dan peraturan masih sama… jadi selagi beliau masih menjalani hukuman dalam penjara, beliau tertakluk kepada akta dan peraturan penjara,” ujarnya kepada media pada majlis pelancaran Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 (Akta A1660) di Ibu Pejabat Penjara Malaysia semalam.

Beliau berkata sedemikian selepas diminta mengulas mengenai pendirian pihak penjara sekiranya penyokong Najib memohon kebenaran khas untuk penyandang kerusi Parlimen Pekan itu keluar berkempen pada PRU15.

Menurut Nordin, pihak penjara tidak menerima sebarang permohonan lain daripada Najib Razak selain daripada permohonan menghadiri sesi sidang Parlimen. Najib Razak juga sentiasa tertakluk kepada akta dan peraturan semasa menjalani hukuman penjara.

Beliau turut menekankan bahawa Najib tidak pernah menerima sebarang layanan istimewa sepanjang menjalani hukuman seperti dakwaan sesetengah pihak. Katanya, Najib sama seperti banduan lain yang tertakluk kepada Akta Penjara, peraturan dan prosedur operasi standard jabatan itu.

“Kami memberi layanan yang sama kepada semua penghuni di sini dan tiada istilah pilih kasih kepada banduan di sini,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: