Tempatan

Menanti Keadilan Dan Penghakiman Di Mahkamah Akhirat – Najib Razak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2022 – “Menanti keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat. Di dunia kita hidup sementara, dibangkitkan di akhirat, bersama-sama nanti kita bahagia semula di sana,” mesej itu disampaikan bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato’ Sri Najib Bin Abdul Razak melalui kertas yang ditinggalkan di atas meja buat ahli keluarganya selepas disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd semalam.

Kongsi bekas Perdana Menteri itu, merancang pembangunan, menggubal dasar kebajikan, mengurus ekonomi, mengukuhkan hubungan antarabangsa dan menyelesaikan krisis antara cabaran-cabaran yang sukar dan jika hasilnya baik maka ia akan membawa senyuman dan jika sebaliknya, beliau akan terus lagi mencuba.

“Melihat kembali, ia satu pengorbanan besar. Tahun-tahun dan masa-masa yang ada datang dan berlalu begitu sahaja. Dari subuh ke larut malam, ada saja urusan yang perlukan perhatian. Masa makan pun bermesyuarat, berjumpa tetamu, tidak bersama awak semua. Tahun yang berlalu didekasikan kepada rakyat, perkhidmatan awam, politik. Satu pengorbanan yang saya pilih dan saya lakukan,” kongsi beliau tentang perjalanannya yang menggembirakan dengan kehadiran ahli keluarga.

“Tetapi malangnya saya terlepas pandang dan tidak dapat sentiasa ada untuk kamu semua. Satu perjalanan yang sedih sekali diserikan dengan kehadiranmu tetapi tidak terbalas oleh Daddy.”

Memilih untuk berada dalam dunia politik dan perkhidmatan awam yang mempunyai banyak kelebihan serta kekurangan selama 46 tahun bukan sesuatu yang mudah apabila terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga.

“Keluargaku, anak cucuku. Dari tahun 1976 Daddy mula aktif dalam politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa. Ke hari ini, 46 tahun satu jangka masa yang lama.

“Daddy memilih mewarisi legasi nenda, meneruskan usaha nenda. Daddy memilih kerja. Dunia politik dan perkhidmatan awam ada kelebihan dan kekurangannya.”

“Setakat ini sahaja yang Daddy dapat bersama. Daddy pegang teguh kepada ajaran agama Islam. Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan Allah S.W.T. Apalah daya Daddy manusia dan hambaNya,” kata bekas Perdana Menteri itu lagi.

Mengakhiri mesejnya, Dato’ Sri Najib mendoakan semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi dan merahmati keluarganya dengan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.

“Sayang awak semua, Daddy.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: