PRU-15

PRU-15: Cuti Khas Balik Mengundi Wajar Diberikan – CUEPACS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 November 2022 – Cuti umum khas 18 November ini wajar diberikan memandangkan ramai rakyat Malaysia yang mengundi bukan di lokasi mereka bekerja dan tinggal.

“Pilihan raya pada lazimnya berlaku lima tahun sekali dan adalah wajar Kerajaan memberi cuti umum khas ini bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mereka.”

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat berkata, pemberian cuti khas itu membolehkan seluruh rakyat Malaysia mempunyai tempoh masa yang cukup pulang ke kampung bagi membuang undi.

“Walaupun tarikh hari mengundi jatuh pada hari Sabtu dan kebanyakan rakyat tidak bekerja pada hari itu tetapi ada dalam kalangan pengundi perlu melakukan perjalanan lebih daripada empat jam bagi menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.”

“Begitu juga dengan penduduk Labuan, Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung, jadual penerbangan yang terhad mungkin menyukarkan mereka untuk pulang pada hari mengundi apatah lagi bagi mereka yang tinggal di pedalaman yang memerlukan perjalanan tambahan serta memakan masa panjang.”

Mengulas lanjut, CUEPACS juga bimbang ada majikan yang tidak membenarkan pekerja memohon cuti awal untuk pulang ke lokasi mengundi, walaupun setiap pekerja mempunyai cuti tahunan dan layak mengambilnya.

“Pemberian cuti umum khas ini sudah pasti boleh mengelakkan perkara sedemikian berlaku,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, CUEPACS berharap semua syarikat penerbangan tidak menaikkan harga tiket pada tarikh sebelum hari mengundi, hari membuang undi dan selepas pilihan raya bagi meringankan beban kewangan rakyat.

“Pilihan raya umum bagi menentukan kerajaan ini berlaku hanya lima tahun sekali dan adalah tidak wajar untuk syarikat penerbangan mengambil kesempatan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: