Antarabangsa

Perbendaharaan AS Ikrar Perkuat Ekonomi Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 28 Februari 2023 – Janet Yellen, Setiausaha Bendahari Amerika Syarikat (AS) telah menzahirkan kesetiaan AS terhadap Ukraine dengan menjanjikan sokongan sepenuhnya terhadap Ukraine walaupun pada masa ini ekonomi AS sendiri berada dalam keadaan lembab.

Yellen telah mengungkapkan “ikrar” kesetiaan tersebut sewaktu beliau dalam lawatan ke Kiev pada Isnin lalu bagi menonjolkan “hubungan rapat White House dalam menyediakan sokongan ekonomi dan perbelanjaan” kepada Kiev.

Beliau turut menjelaskan bahawa sokongan AS terhadap Ukraine bukanlah satu bentuk “kebajikan”, namun ianya adalah “pelaburan bagi keselamatan dan demokrasi global”.

BACA JUGA: Saudi Latih Petugas Haji Di Malaysia Kali Pertama

BACA JUGA: Sidang Dewan Rakyat Dilanjut Dua Hari Pada April

BACA JUGA: ‘Ummi’ Ditahan, Aktifkan Kembali Ajaran Sesat Di Negeri Sembilan

Pada kenyataan yang sama Yellen turut menambah bahawa bantuan daripada AS terhadap Ukraine tetap akan diteruskan “tidak kira berapa lama ianya diperlukan”, bagi merujuk kepada konflik Ukraine dengan Rusia.

Beberapa hari sebelum lawatan Yellen, Washington telah mengumumkan tambahan $12 bilion bagi bantuan kepada Ukraine, termasuk $2 bilion pakej persenjataan serta $10 bilion untuk menyokong kos tenaga dan bajet kerajaan Ukraine.

Yellen turut memaklumkan pada Isnin lalu bahawa bantuan AS terhadap Ukraine sejak tahun lalu hampir mencecah $50 bilion, yang mana kebanyakan besar dari jumlah tersebut adalah bagi tujuan persenjataan.

Bantuan tetap diberi kepada Ukraine walaupun AS sendiri mengalami masalah inflasi yang terlalu tinggi dengan hutang Kongres yang mencecah $21.4 trilion. Dengan keadaan ini AS mungkin akan berdepan dengan situasi di mana bantuan kebajikan kepada rakyat akan terpaksa digantung serta risiko kacau bilau dalam pasaran kewangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: