Antarabangsa

Diplomat Poland ‘Umum’ Terlibat Perang Rusia-Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

POLAND, 20 Mac 2023 – Poland berkemungkinan akan menyertai konflik Rusia-Ukraine sekiranya Ukraine gagal untuk mengatasi Rusia sebagaimana yang dinyatakan oleh wakil Poland ke Perancis, Jan Emeryk Rosciszewski.

Kenyataan Rosciszewski itu dibuat pada Sabtu lalu sewaktu beliau memberi ucapan secara langsung pada badan penyiaran LCI.

BACA JUGA: Hati-Hati, Ribut Petir Bakal Melanda Sarawak

BACA JUGA: Kerajaan Pahang Sumbang RM500 Buat Jemaah Haji Bermula Tahun Ini

BACA JUGA: Diskaun Saman Trafik Hingga 60 Peratus 20-30 Mac Ini

Pada kenyataan tersebut Rosciszewski kelihatan menyalahkan Rusia atas ketegangan yang berlaku itu di mana beliau mengatakan bahawa krisis antarabangsa tersebut bukanlah dihangatkan oleh NATO, Poland, Perancis mahupun Slovakia namun ianya adalah berpunca daripada Rusia.

Menurutnya lagi, situasi yang berlaku sekarang adalah “sama ada Ukraine berjaya mempertahankan kemerdekaan mereka, dan jika tidak, kami akan terpaksa menyertai konflik tersebut”.

Namun kedutaan Poland telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa kenyataan Rosciszewski itu bukan bermaksud Warsaw kini bersedia untuk menghadapi Rusia, namun ianya adalah amaran serta sumpah setia Poland dalam menyokong Ukraine.

Kenyataan Rosciszewski telah dijawab oleh seorang senator tinggi Rusia, Alexey Pushkov di mana beliau telah memberi amaran kepada Poland tentang kemungkinan yang akan berlaku serta mempertikaikan niat negara tersebut untuk turut serta melawan Rusia.

Poland adalah salah sebuah negara yang telah menjadi penyokong aktif Ukraine dalam menghadapi Rusia dengan cara menghantar pelbagai alatan ketenteraan bagi membantu Kiev dengan skala yang besar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: