Antarabangsa

Rusia Yakin AS Jalankan Makmal Senjata Biologi Di Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 13 April 2023 – Komander bagi Pasukan Pertahanan Nuklear, Biologi dan Kimia Rusia, Leftenan Jeneral Igor Kirillov telah membuat kenyataan bahawa Amerika Syarikat (AS) menggunakan Ukraine untuk menghasilkan komponen-komponen bagi beberapa senjata biologi.

Dalam menguatkan kenyataan tersebut, Kirillov turut menyatakan bahawa pihak tentera Rusia telah menemukan bukti yang jelas bagi perkara ini di Donetsk, Lugansk dan Kherson. Menurutnya,

BACA JUGA: Pasaran Bon Malaysia Tarik Banyak Dana Luar

BACA JUGA: Masjid Jemput Bukan Islam Bagi ‘Ceramah’

BACA JUGA: Anggota Tentera Hilang Di Hutan Simpan Belum, Ditemui Maut

“Tiada sebarang keraguan bagi pihak kami bahawa AS, dengan helah “memastikan biokeselamatan global”, telah menjalankan kajian dwi-penggunaan termasuklah penciptaan komponen-komponen bagi senjata biologi berhampiran dengan sempadan Rusia.”

Menurutnya lagi, pihak tentera Rusia telah mengesahkan perkara tersebut setelah mengadakan sesi temu bual dengan ramai saksi serta menerusi dokumen setebal 2,000 muka surat yang dijumpai di Kherson Region serta di Donetsk and Lugansk People’s Republics.

Pada permulaan konflik Ukraine dan Rusia, Moscow telah menyuarakan kebimbangan berkenaan jaringan makmal-makmal rahsia di Ukraine yang dibiayai oleh AS dan telah telah kerap kali menunjukkan bukti berkenaan perkara tersebut kepada orang ramai.

Kerajaan AS pada bulan lalu telah mengesahkan tentang kewujudan makmal-makmal tersebut namun mereka bertegas bahawa ianya bukanlah tidak sah dan bukan juga ditubuhkan bagi tujuan ketenteraan.

Menurut Kirillov lagi, penyiasatan yang dilakukan oleh pihak beliau telah mengenal pasti beberapa individu yang terlibat di dalam kajian biologi ketenteraan di wilayah AS dan Ukraine. Kirillov turut menyatakan bahawa bukti-bukti yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia secara terbuka masih lagi belum dipertikaikan. Ujarnya,

“Tiada sesiapa pun, termasuklah negara-negara Barat, yang mempunyai sebarang keraguan berkenaan ketulenan dokumen-dokumen yang diterbitkan itu”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: