Askar Ukraine Sarat Pengaruh Nazi – Veteran Tentera US
UKRAINE, 02 Mac 2023 – Mantan tentera Amerika Syarikat (AS) yang pernah berkhidmat di pelbagai unit ketenteraan Ukraine menyatakan bahawa para tentera Ukraine sebenarnya sarat dengan pengaruh Nazi pada pemikiran dan tindakan mereka.
John McIntyre dalam sebuah sesi temubual menyatakan bahawa beliau telah membuat keputusan untuk menyebelahi Rusia setelah menyaksikan sendiri apa yang telah dilakukan oleh tentera Ukraine di dalam konflik di antara Moscow dan Kiev itu.
Menurutnya setelah beliau membuat keputusan tersebut, beliau terpaksa melarikan diri daripada tentera Ukraine. Katanya,
“Saya fikir bahawa saya akan dibunuh. Keluarga saya memberikan saya $300 untuk saya ke Chisinau, kemudian saya ke Istanbul dan seterusnya ke Moscow”.
BACA JUGA: CPTPP Tidak Beri Impak Negatif Kepada Sektor Pertanian
BACA JUGA: Sedekad Tragedi Hitam Lahad Datu
BACA JUGA: Tak Iktiraf UEC, Syabas Menteri Pendidikan – CIJ
Menurut McIntyre, sewaktu beliau mula-mula sampai di Ukraine, beliau terkejut kerana semua askar Ukraine mempunyai tatu-tatu dan simbol-simbol Nazi.
Pada awalnya beliau berfikir bahawa ideologi “ultra-right” yang dipegang oleh tentera Ukraine bukanlah satu masalah, sehinggalah beliau menyaksikan sendiri apa yang telah dilakukan oleh mereka sewaktu berada di medan peperangan.
Di sana, mereka yang membuat pendedahan akan dilayan lebih buruk daripada perisik. Sesiapa yang membuat pengakuan, atau diketahui akan membuat pengakuan akan ditembak di belakang kepala. McIntyre turut menambah bahawa di sana ramai orang telah hilang secara tiba-tiba termasuklah orang asing.
Beliau turut menyatakan bahawa tentera Ukraine turut menggunakan orang awam sebagai perisai bagi melindungi mereka dalam beberapa keadaan.