Antarabangsa

Orang Jerman Mesti Lindungi Yahudi – Scholz

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERLIN, 08 November 2023 – Canselor Jerman, Olaf Scholz berkata rakyat Jerman hendaklah memastikan orang Yahudi yang tinggal di negara itu dilindungi daripada gelombang serangan anti-Semitik yang dicetuskan oleh perang Israel-Hamas.

Menurutnya sesiapa yang menyerang orang Yahudi yang berada di Jerman, samalah juga seperti sedang menyerang rakyat Jerman. Rakyat Jerman harus berdiri untuk melindungi orang Yahudi di Jerman, kata Scholz kepada akhbar Mannheimer Morgen pada hujung minggu yang lalu.

Rakyat Jerman harus menunjukkan keberanian sivik dengan menentang anti-Semitisme, tambahnya lagi.

Naib Canselor Robert Habeck menyeru masyarakat Islam di Jerman agar menjauhkan diri daripada manifestasi anti-Semitisme yang meningkat secara mendadak berikutan keganasan yang tercetus baru-baru ini di Timur Tengah.

Bercakap kepada Mannheimer Morgen, Scholz berkata Berlin sentiasa bekerjasama dengan rejim Zionis dan akan menggunakan semua pengaruh di rantau ini untuk menuntut pembebasan tanpa syarat semua tebusan yang dipegang oleh Hamas.

Pada awal minggu yang lalu, Menteri Dalam Negeri Nancy Faeser turut mengumumkan pengharaman aktiviti kumpulan Hamas, yang turut disenaraikan sebagai sebuah organisasi pengganas di Jerman.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: