Warga Jerman Tolak Gabungan Kerajaan “Traffic Light”
JERMAN, 21 Ogos 2023 – Sebuah undian yang dibuat oleh agensi pengundian INSA telah mendapati bahawa lebih dari dua per tiga para pengundi Jerman tidak berpuas hati dengan prestasi Chancellor Olaf Scholz.
Semakin ramai warga Jerman tidak berpuas hati dengan kerajaan gabungan “traffic light” yang dipimpin oleh Chancellor Scholz yang terdiri daripada SPD serta Green and the Free Democrats (FDP) setelah mentadbir negara tersebut dalam tempoh setahun setengah.
BACA JUGA: WWF Malaysia, UMS Guna Teknologi AI Kesan Populasi Orang Utan
BACA JUGA: Dasar Gaji Progresif Singapura Wajar Dicontohi, Utamakan Pekerja Tempatan
BACA JUGA: Laporkan Kes Buli, Gangguan Seksual Pada Tempoh Ditetapkan
Hanya 15 peratus daripada para responden dalam undian tersebut yang menyatakan bahawa gabungan tersebut cemerlang dalam kerja mereka.
Dalam masa yang sama, hampir separuh daripada responden menyatakan bahawa mereka percaya yang gabungan sebelum ini yang terdiri daripada CDU/CSU dan SPD sebenarnya lebih baik dari sudut prestasi kerja.
64 peratus daripada responden menyatakan bahawa Jerman akan mendapat faedah jika kerajaan bertukar manakala 22 peratus lagi berpendapat bahawa pentadbiran masa kini wajar dikekalkan.
70 peratus dariapda responden pula menyatakan bahawa mereka secara peribadi tidak berpuas hati dengan Scholz.
Sebuah lagi undian yang dijalankan oleh penyiar awam Jerman, ARD yang telah dijalankan pada awal Ogos ini pula telah menunjukkan bahawa kadar orang awam yang bersetuju dengan kerajaan Jerman telah menurun kepada 21 peratus dari kadar 60 peratus bagi tiga tahun lalu.