Antarabangsa

Sentimen ‘Benci Yahudi’ Semakin Meningkat Di AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 14 Februari 2023 – Jawatankuasa Yahudi Amerika (AJC) meminta kerajaan melakukan sesuatu terhadap sentimen kebencian Yahudi, ini berikutan peningkatan sebanyak 10% dalam setahun bilangan orang Yahudi yang berasa mereka kurang selamat berada di Amerika Syarikat (AS).

Menurut tinjauan tahunan anti-Semitisme oleh AJC untuk tahun 2022, 41% Yahudi Amerika berasa kurang selamat, berbanding 31% pada tahun 2021. Satu daripada empat laporan oleh anti-Semitisme adalah gangguan secara peribadi dengan jumlah yang malar sejak 2019.

BACA JUGA: 14 Februari: Cinta, Cita & Perjuangan

BACA JUGA: Tiada GST, Subsidi Golongan ‘Kayangan’ Akan Dikurangkan – PM

BACA JUGA: Hentikan Perobohan Rumah & Pengusiran Rakyat Palestin – OHCHR

Dalam satu kenyataannya, “Kami berharap dapat bekerjasama dengan Rumah Putih dalam membangunkan strategi yang berkesan agar kerajaan dapat mengambil satu pendekatan secara menyeluruh bagi memerangi sentimen kebencian Yahudi untuk selama-lamanya.”

Orang Yahudi di Amerika Syarikat, terutamanya generasi muda, seharusnya merasa selamat untuk menyatakan identiti Yahudi mereka. Namun peningkatan anti-Semitisme telah memberi kesan yang sangat mengganggu ke atas Yahudi Amerika dan masyarakat Amerika secara amnya.

Pada bulan Disember, pentadbiran Presiden Joe Biden mengumumkan kumpulan baharu antara agensi-agensi yang akan membangunkan strategi nasional untuk memerangi anti-Semitisme.

Hampir 40% Yahudi Amerika telah mengubah gaya hidup mereka kerana ketakutan terhadap anti-Semitisme. 27% daripada mereka mengelak menyiarkan identiti, 23% mengelak daripada memakai item yang akan mengenal pasti mereka dan 16% mengelak dari mengunjungi acara tertentu kerana bimbang tentang keselamatan mereka.

Satu pertiga daripada populasi umum AS percaya bahawa anti-Semitisme dipandang kurang serius berbanding kepada ketaksuban yang lain. Holly Huffnagle, Pengarah AJC dalam memerangi anti-Semitisme, menyebutnya ia sebagai satu kejutan luar jangka oleh kebanyakan komuniti Yahudi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: