Antarabangsa

Masjid Istanbul Tumpangkan Pendeta Yahudi Terperangkap Dalam Ribut Salji

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 02 Februari 2022 – “Saya berada di dalam masjid selama 5 jam. Pada waktu Subuh, semua orang bersembahyang. Semua orang sangat baik kepada saya,” kata seorang pendeta Yahudi, Israel Elbom.

Beliau menceritakan pengalamannya dibawa berlindung di sebuah masjid di Istanbul selepas terkandas dalam salji lebat.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Israel yang berada di sana atas urusan kerja terperangkap di atas jalan raya susulan keadaan cuaca ekstrem sebelum diselamatkan oleh pihak keselamatan Turki.

Salji lebat yang turun melitupi bumi Istanbul itu mengganggu lalu lintas dan menyebabkan lapangan terbang di Istanbul ditutup.

Ujar Israel, tentera Turki kemudian membawanya berlindung di Masjid Ali Kuscu, berhampiran Lapangan Terbang Istanbul.

“Cuaca amat sejuk…Saya terpaksa membuka kasut sama seperti jemaah masjid yang lain. Karpet masjid hangat…jemaah melihat saya dengan pandangan sedikit aneh, tetapi tidak mengatakan apa-apa, hanya memberi senyuman,” kata Israel lagi.

Israel dibawa pulang ke tempat penginapannya pada keesokan hari, selepas bermalam sehari semalam di Masjid Ali Kuscu.

 

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: