Antarabangsa

Orang Yahudi Ada Hak Eksklusif Atas Tanah Israel – Benjamin Netanyahu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 29 Disember 2022 – “Ini adalah barisan asas kerajaan negara yang diketuai oleh saya: Orang Yahudi mempunyai hak eksklusif dan tidak boleh dipertikaikan ke atas semua kawasan Tanah Israel,” dakwa bakal Perdana Menteri separa rejim haram aparteid Israel, Benjamin Netanyahu dalam Twitternya.

Benjamin juga menegaskan akan memperkuat penempatan “Galilee, Negev, Golan dan Judea dan Samaria” (Tebing Barat) sepanjang menerajui pemerintahannya.

Lapor portal rejim haram aparteid Israel, menjelang majlis angkat sumpah kerajaan baharu yang dijadualkan di Knesset pada Khamis, parti sayap kanan Netanyahu, Likud juga menandatangani perjanjian gabungan dengan dua rakan ultra-Ortodoksnya, Shas dan United Torah Judaism, serta dengan Zionisme Agama sayap kanan, Otzma Yehudit dan parti Noam.

Kata Benjamin Netanyahu lagi, “Kerajaan akan bekerja secara aktif untuk memperkukuh keselamatan negara dan menyediakan keselamatan peribadi kepada rakyatnya sambil memerangi keganasan dan keganasan dengan keazaman.”

Malah, “Kerajaan akan berusaha untuk meneruskan perjuangan menentang program nuklear Iran. Kerajaan akan berusaha untuk mengukuhkan status Baitulmuqaddis.”

Ikrar Perdana Menteri separa Israel itu mendapat penentangan dan kecaman dari warga media sosial.

Yanis Varoufakis menegaskan, “Israel’s semi-permanent PM just proclaimed Israel’s right ethnically to cleanse all the Palestinian occupied territories and subject them to the spirit and letter of Apartheid. Our message to him: We shall not allow you to legitimise Apartheid in Palestine. Not now. Not ever!”

@diidouti pula berkata, “When he says the Jewish people are entitled to “an exclusive & unquestionable right to all areas of the Land of Israel” — he is talking abt more settlements. More colonisation. More ethnic cleansing. More violence. All directed towards: Palestinians.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: