Tempatan

OPR Naik. Harga Barang Naik?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 08 Februari 2023 – Harga barangan dijangka dinaikkan lagi sekiranya Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan kepada 3.0 peratus Mac ini.

Menurut Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Abdul Halim Husin, sekiranya OPR dinaikkan lagi, ekonomi dan perniagaan tahun ini akan berhadapan dengan cabaran di samping perniagaan yang turut dalam proses pemulihan.

“Justeru, peniaga-peniaga sudah tentu akan bergelut untuk membayar pinjaman kepada bank dan itu akan menyebabkan ramai peniaga tertekan dan terpaksa menaikkan harga barangan yang dijual.”

BACA JUGA: MAIPs Dibenar Mencelah Dalam Kes Pertahankan Akidah Anak Muslim

BACA JUGA: Kementerian Pendidikan Salur RM100,000, Kepada Kedua-Dua Sekolah Vernakular Sabah

BACA JUGA: Untuk Maju Ke Depan Kita Harus Memandang Ke Belakang

“Kenaikan harga barangan itu juga menyebabkan pengguna tertekan selain akan meningkatkan lagi inflasi,” kata beliau.

Tambahan lagi, pada tahun ini Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) juga akan dimulakan.

Ia sekali gus akan memberi tekanan kepada pengilang di Malaysia susulan peningkatan dolar AS diikuti kadar faedah serta inflasi yang meningkat dan akan terus menyebabkan kos operasi juga turut mengalami peningkatan.

Memetik kepada sebuah berita, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas pada bulan depan bagi menangani inflasi dan menstabilkan pasaran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: