Tempatan

OPR Naik Tidak Kejam? Bank Negara ‘Sembunyi Fakta’ – Hezri Sardi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Pada 12 Mei 2023, dalam sidang media, Gabenor Bank Negara, Shamsiah Mohd Yunus mempertahankan tindakan Bank Negara menaikkan OPR atau kasar faedah bank.

Intipati kata-katanya ialah:

1) Kami bukannya mahu “perlahankan” pertumbuhan ekonomi.

2) Kenaikan OPR adalah kurang kejam berbanding kenaikan inflasi.

3) Kalau inflasi naik, kuasa beli semua akan merosot tak kira orang itu ada pinjaman bank atau tiada.

4) OPR rendah akan menyebabkan orang berbelanja lebih lalu harga barang akan naik lagi.

Walaupun kenyataannya berbelit-belit dan berbunga-bunga, dia nak cakap yang:

OPR rendah menyebabkan inflasi

Baik. Saya nak bawa Tuan Puan kepada apa berlaku sejak 1980an dalam sistem pendidikan negara. Kita berbelanja begitu besar untuk melahirkan Masyarakat yang berfikir secara SAINTIFIK.

Rumusan ringkas oleh Gabenor Bank Negara iaitu Kadar faedah (OPR) rendah menyebabkan Inflasi adalah TIDAK SAINTIFIK.

Ia seperti mengatakan bahawa:

Penambahan bilangan manusia menyebabkan banjir

Supaya premis di atas lebih saintifik, mesti diterangkan, misalnya;

i) Bila bilangan manusia bertambah, lebih banyak oksigen dihabiskan, dan lebih banyak karbon dioksida dihasilkan.

ii) Lebih banyak karbon dioksida, suhu alam sekitar naik.

iii) Bila suhu naik, ais/glesier di kutub utara cair.

iv) Bila ais/glesier cair, paras air laut naik.

v) Paras air naik, menyebabkan banjir.

Walaupun setiap sebab musabab (causality) ini mesti dibuktikan, tapi syarat pertama sebelum itu ialah, perkaitan yang khusus mesti dinyatakan. Barulah ia boleh dipertimbangkan sebagai SAINTIFIK.

Untuk menjadi SAINTIFIK, Gabenor Bank Negara mesti umumkan:

1) OPR rendah menyebabkan kos buat pinjaman bank lebih rendah.

2) Bila kos pinjaman bank rendah, rakyat akan lebih banyak mohon pinjaman bank.

3) Lebih banyak permohonan pinjaman, bank swasta akan lebih banyak keluarkan pinjaman.

4) Bank swasta boleh CETAK DUIT. Untuk setiap pinjaman yang dikeluarkan, DUIT baru akan dicipta oleh bank swasta ke dalam ekonomi.

5) Bila banyak duit dalam ekonomi, rakyat akan lebih banyak berbelanja.

6) Lebih banyak rakyat berbelanja, ekonomi tumbuh tetapi harga barang naik.

7) Harga barang naik, inflasi naik.

Supaya sekurang-kurangnya dasar OPR diputuskan secara SAINTIFIK, ini sepatutnya diumumkan oleh Bank Negara.

Tapi ada masalah, kerana Bank Negara “tak berani” cakap bank-bank swasta lah yang berkuasa penuh mencetak duit baru di negara ini. Kalau rakyat tahu, nanti berperang!

Justeru itu, Bank Negara pun menyembunyikan kebenaran itu (bank swasta cetak duit baru) dengan membuat kenyataan tidak saintifik, yang separa benar.

Sebenarnya, dasar ekonomi lebih kepada isu politik berbanding kebenaran. Supaya rakyat tak marah, Bank Negara pun buat ayat berbelit-belit dan berbunga-bunga. Ini ialah SEMANTIC EVASION. Semantic bermaksud maksud ayat dalam logik.

Bank Negara “membayangkan” pinjaman yang lebih banyak menyebabkan inflasi tanpa menyebut “benda benda benar” yang boleh buat orang marah kepada mereka.

Bank Negara juga menggunakan permainan bahasa bagi menyembunyikan benda yang boleh dipertikaikan kebenaran nya. Misalnya, peningkatan OPR tak menyebabkan pinjaman berkurang kerana orang masih boleh meminjam daripada institusi di luar perbankan, seperti xeri, along, syarikat pinjaman berlesen..Ini semua dikenali sebagai shadow bank. Di Amerika, Eropah dan China, lebih 70% hutang swasta adalah daripada shadow bank. Trend ini lebih kurang sama seluruh dunia. Begitu juga Malaysia.

Kenaikan OPR tidak sepatutnya menaikkan kadar bunga shadow bank kerana shadow bank di luar kawalan Bank Negara!

Ada beberapa kepercayaan Bank Negara yang sangat boleh dipertikaikan.

Justeru itu, Bank Negara terpaksa bermain dengan bahasa atau SEMANTIC EVASION bagi menyembunyikan benda-benda yang akan dipertikaikan orang ramai.

Hezri Sardi

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: